BAB 38

914 72 0
                                    

"Aku dah buat dah! Diaorang lalai ataupun"

Belum sempat ayat aku nak habis, dentuman pintu membuatkan aku tersentak. Aku terus berpaling.

Dangg!!

Aku melangkah ke arah pintu master bedroom dan aku tekapkan telinga. Bunyi sayup-sayup kedengaran suara orang menangis. Aku cepat-cepat memulas tombol pintu tapi berkunci.

"Ada orang kat dalam bilik ni. Tolong aku" Ucap aku melangkah setapak ke tepi.

Anuar dan izuwan menendang pintu itu serentak. Beberapa kali percubaan untuk tendang, akhirnya pintu tersebut terbuka. Aku cepat-cepat melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Gelap! Aku meraba-raba dekat dinding untuk mencari suis lampu, tapi tak jumpa. Aku terus gunakan torchlight yang berada dikepala aku. Menyala je torchlight, ada seseorang duduk di atas katil membelakangkan aku. Izuwann mengikut aku dari sebelah kiri dan anuar pulak check di bilik air. Bentuk tubuh dari belakang, macam fara.

"Fara!" Panggil aku.

Tak menyahut. Hanya dengar tangisan sahaja.

"Fara!" Panggil aku lagi.

Aku memandang izuwann dekat sebelah. Tak lama tu aku bersuara lagi

"Fara! Kau kenapa?" Tanya aku lantas memegang bahu fara.

Masa aku tengah tunggu respon dari fara, tiba-tiba fara berpusing mengadap ke arah aku sambil tangannya memegang lengan kanan aku. Muka fara buruk yang teramat sangat.

"Hehehehehe"

Dari suara tangisan bertukar menjadi suara hilaian. Dan serentak itu, ada satu saluran elektrik membuatkan lengan aku sakit yang teramat sangat.

"Allah!! Allah!!!" Jerit aku kuat.

Suasana menjadi huru hara. Izuwann terus menarik aku dari belakang. Tangan aku masih lagi digengam dengan kuat membuatkan badan aku berkeriok menahan sakit. Tak lama tu anuar dan abang ben datang dan menarik aku dari belakang.

"Allahhh!!!!" Jerit aku kuat sambil menahan sakit yang teramat. Darah aku masa tu keluar banyak.

"Azan!! Azan!!" Jerit abang ben.

Bayangkan tiga orang menarik tangan aku, tak berganjak. Fara didepan aku masih lagi mengilai kuat. Anuar terus melaungkan azan. Disebabkan itu, tangan fara yang mengenggam lengan kanan aku terlepas. Aku, izuwann dan abang ben terpelanting dekat depan pintu bilik air. Tak lama tu fara jatuh terjelupuk di tepi katil. Tak sedarkan diri. Abang ben terus dapatkan fara dan membawa fara keluar dari bilik tersebut. Masa ni aku macam nak pitam. Sumpah aku cakap masa ni aku tengok izuwann dan anuar pun dah samar-samar dah.

"J! J" Panggil izuwann sambil menepuk-nepuk pipi aku.

Aku antara sedar atau tak masa ni. Tak lama tu izuwann terus memapah aku keluar dari bilik tersebut. Aku duduk di tepi sofa. Balutan tangan aku izuwann buka dan tengok.

"Dalam luka kau ni j! Muka kau pun dah pucat ni." Ucap izuwann panik.

Aku hanya mengangguk lesu.

"Tak sekarang ni mana wani dengan kassim?" Tanya joe

Aku memandang sekilas ke arah mereka dengan tak terdaya. Aku keluarkan botol air delima di dalam porch beg dan aku balut dengan kain yang berada di tangan izuwann.

"Tuang dekat muka fara sekarang!." Ucap aku perlahan lantas suakan air botol tersebut yang dibalut kain

Izuwann tanpa cakap banyak terus mencapai botol air tersebut. Dia bangun dan menuju ke arah fara. Izuwann dudukkan fara dibantu oleh elias dan anuar. Dari ubuh-ubuh fara, izuwann siram air batu delima tu sambil selawat sebanyak tiga kali. Tak lama tu fara sedar dan dia menjerit.

"Tolong!! Tolong!! Tolong" Jerit fara tiba-tiba sambil memandang sekeliling

Anuar terus mengoncangkan tubuh fara.

"Kitaorang ni kitaorang! Mana yang lain?" Tanya anuar.

Fara yang berada dalam ketakutan tu terus memeluk tubuh.

"Mei mana mei?" Tanya fara

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now