"Ada kereta tu mesti ada orang" Ucap fara sambil menunjuk ke arah kereta yang park dekat entrance.
Aku hanya memerhati kereta yang ada dekat situ. Tak banyak pun. Ada lah dalam 5 or 6 buah kereta. Tak pulak aku nak kira masa tu. Tak lama tu walkie talkie aku berbunyi.
"J, saiful suruh kita park dekat basement je. Macam mana?" Tanya abang ben.
Aku terkelu sekejap. 'Basement eh? Mesti kosong' Ucap aku dalam hati.
"J! Are you there?"
Tak lama tu.
"J" Panggil wati.
Aku berpaling ke arah wati.
"Tu abang ben tanya tu"
Aku pandang walkie talkie yang berada di tangan aku. Tak lama tu aku rapatkan dekat mulut
"Okay-okay abang ben"
"Oraite j" Ucap abang ben.
Aku dengan yang lain gerak ke basement amber court. Sampai saja, basement kosong dan gelap. Aku terus ikut di belakang kereta abang ben dan park disebelah kereta abang ben. Aku tak terus keluar dari kereta. Mata aku melilau tengok sekeliling.
"Kau okay j?" Tanya watie
Aku hanya menganggukkan kepala. Perasaan berkobar-kobar nak datang ke amber court sedikit sebanyak hilang bila melihat kawasan sekeliling. Aku tak tahu sebab apa. Wati dan fara terus keluar dari kereta. Tak lama tu.
Tok! Tok! Tok!
"Allahuakbar!" Ucap aku berpaling ke tingkap.
Ketukan tingkap dikereta aku membuatkan aku sedikit terkejut. Aku mengurut dada dan tak lama tu pintu kereta aku dibuka oleh abang ben dari luar. Abang ben duduk bercangkung didepan pintu.
"Kau macam tak okay je aku tengok j."
Aku memandang abang ben.
"Entah lah. Aku okay tapi tiba-tiba aku rasa macam tak best."
"Habis tu kau nak teruskan atau nak patah balik?"
Aku mengeluh perlahan.
"Kita dah sampai kan? Takkan nak patah balik." Ucap aku.
Tengah aku bercakap dengan abang ben berdua, tiba-tiba wati datang dalam keadaan kelam kabut.
"Abang ben" Panggil wati.
Abang ben dan aku mendonggakkan kepala.
"Kau kenapa?" Tanya abang ben lantas bangun berdiri.
"Mika! Mikail hilang!" Ucap wati.
"Ha??"
"Ah sudah" Ucap aku.
"Aku dah cakap dah banyak kali. Jangan buat perangai. Memang degil betul lah budak ni! Okay guys! Sini lah" Bebel abang ben lantas memanggil aku dengan yang lain.
Aku terus ambil peralatan aku kunci kereta beg dan aku bergerak masuk ke dalam bulatan. Beberapa surah abang ben baca. Selesai semuanya kita orang bergegas naik tangga dan tembus ke ground floor. Sampai je kat atas kat receptionist, aku terus memandang sekeliling. Macam tak percaya aku masuk dekat amber court. Aku tersenyum memandang budak lelaki yang berlari didepan aku. Bukan seorang. Tetapi tiga orang. Ada di tepi dinding sekempulan budak tengah duduk memandang ke arah aku. Aku tersenyum ke arah budak-budak tersebut. Aku memandang ke kiri pulak. Satu lorong yang aku tak pasti akan tembus ke mana. Aku berjalan perlahan lantas aku halakan kamera ke arah lorong tersebut.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.