Sebulan telah pun berlalu. Setelah berlaku kejadian di pengkalan hulu, kitaorang dah serik bawa mikail sekali untuk melakukan aktiviti paranormal. Petang itu aku hanya melepak dikedai mamak untuk bagi perut aku kenyang. Tiba-tiba.....
“Weh! Tengok kita jumpa siapa.?"
Aku angkat muka dan memandang orang yang aku kenal di depan.
"Eh frinkey, Orang kuat team x extreme rupanya!” Ucap dani
Aku berpaling sekilas. Muka meluat aku buat dan aku pamirkan dekat mereka bertiga.
“Jangan buat muka macam itu j. Kitaorang datang bukan nak cari gaduh dan aku tak sangka dapat jumpa kau kat sini. Lama tak jumpa kau j. Kau apa khabar? Sihat?” Ucap adha tiba-tiba lantas menyuakan tangan.
Dulu sebelum wujudnya team x extreme, aku pernah join team adha. Adha orangnya baik tetapi adha tersilap memilih beberapa orang crew untuk join dia punya team. Jadi disebabkan itu aku mengundur diri sebab aku tak berapa nak masuk dengan perangai yang lain-lain.
Tangan adha aku biarkan macam itu sahaja. Haram haram haram.
“Ha kalau aku lah kan ha, tak adanya aku nak layan perempuan kerek macam dia ni.” Ucap frinkey tiba-tiba.
Aku hanya angkat kening memandang frinkey dani dan adha lantas aku ketawa.
“Aku pun tak layan jantan sundal macam kau ni frinkey. Dont worry okay.” Ucap aku lantas bangun menuju ke cashier.
“Weh j! Kalau kau rasa kau bagus sangat, aku cabar kau!”
Aku berpaling memandang ke belakang. Adha menarik frinkey supaya tak melangkah kedepan. Aku berpatah balik dan berdiri betul-betul depan frinkey.
“Kau nak cabar apa tu?” Tanya aku santai aja.
“Aku cabar kau buat uji nyali” Ucap frinkey.
“Hurm..” Aku berjalan mengelilingi frinkey dan memandangnya dari atas bawah lalu aku berdiri tegak didepannya “Boleh. Adha ada nombor aku. Set time tempat dan sebagainya. Bye!” Ucap aku lantas melangkah meninggalkan mereka.
Waktu telah pun dah ditetapkan bla bla bla bla dan bla. Pada mulanya abang ben menghalang sebab abang ben tahu frinkey tu perangainya macam mana. Tetapi abang ben ada buat perhitungan dengan adha dan adha pun setuju so dekat situ bagi aku tak ada masalah. Abang ben cakap, dia boleh benarkan aku buat uji nyali, tetapi frinkey abang ben kena kurungkan dulu. Frinkey hanya tengok dari jauh saja. Apa yang diaorang buat aku tak tahu dan tak nak ambil tahu. Tempat frinkey dah cari awal-awal. Dimana? Pada mulanya diaorang nak aku buat uji nyali dekat satu rumah kosong yang femes dekat shah alam. Tetapi aku tak tahu kenapa adha cakap frinkey ubah fikiran dan nak suruh aku uji nyali dekat tempat yang femes jugak. Highland tower. Aku sedikit tak terkejut sebab bukan aku tak pernah jejak highland tower tu. Kiranya masa itu kali yang ketiga aku jejak highland tower. So santai aja.
Malam itu abang ben, adha, izuwann, anuar, puteri, khairul, dan beberapa orang lagi (team adha) berada di luar highland tower. Aku yang sememangnya datang bersama dengan abang ben dan lain-lain hanya borak kosong.
“J kau confirm ke nak sahut cabaran frinkey ni?” Tanya izuwann
Aku tergelak kecil.
“Sahut je. Ini bukan sebab belagak or apa-apa, tetapi aku tak suka puak-puak tu kecikkan orang. That’s all”
“Tapi bahaya lah j” Sampuk anuar.
“Tak apa. Insyallah. Doa-doa aku semoga selamat keluar dari sini”
“Dah ready?”
Aku berpaling ke kanan. Aku pandang abang ben dan abang ben menggelengkan kepala.
“Yes dah ready” Ucap aku tanpa peduli gelengan kepala abang ben.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
TerrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.