BAB 31

999 70 0
                                    

"J!"

Aku yang tengah khusyuk merakam, tiba-tiba nama aku di panggil. Aku terus berpaling kebelakang.

"Sini"

Aku terus melangkah ke arah diorang.

"Diaorang ni cakap, mikail ada mintak bilik." Ucap saiful.

"Nombor bilik tahu tak?" Tanya aku.

"Tahu. Nah ni kunci." Ucap saiful lantas menyerahkan kunci. "Tapi sebelum ni nak pergi cari mika dulu ke?" Tanya saiful.

"Kejap! Kenapa kunci ada satu je?" Tanya aku

"Ada 2 bilik kat dalam. Jangan risau j." Ucap saiful.

Aku hanya menganggukkan kepala. Kitaorang terus berjalan menuju ke lif. Masa nak ke lif tu aku terperasan ada satu restoren. Tengok pada gayanya, restoren tu macam dah terbiar lama. Aku terus menghalakan kamera ke arah restoren tersebut. Masa tengah rakam tu, tiba-tiba dalam screen kamera aku, aku perasan ada benda melintas. Betul-betul depan kamera aku. Aku tersentak. Aku kekanankan sedikit kamera dan aku memerhati didalam restoren tersebut. Belum sempat aku nak melangkah ke arah restoren tersebut tiba-tiba.

Pap! Pap!

Aku lantas berpaling. Abang ben menggelengkan kepala sambil memandang restoren tersebut.

"Cepat!" Ucap abang ben perlahan.

Aku dengan yang lain terus masuk ke dalam perut lif. Tak lama tu lif berhenti ditingkat dimana bilik kitaorang ditempatkan. Masa ni aku dengan yang lain hanya mendiamkan diri. Bila sampai saja, saiful terus bukakan pintu tersebut. Aku terpandang pintu disebelah. Kenapa pintu ni berpalang. Agak pelik disitu. Otak ligat memikirkan, kenapa pintu ni kena palang. Aku memandang no yang ada dipintu. 'B...

"J! Kau buat apa tu?" Jerit izuwann.

Aku terus pandang ke kanan. Aku cepat-cepat melangkah ke arah izuwann dan masuk ke dalam. Masuk je dalam, mata aku terus terpandang dapur yang betul-betul main entrance. Aku pandang sebelah kiri. Unit ni ada 2 bilik tidur. Balcony dan ruang tamu. Aku terus melangkah ke balcony. Aku tarik sliding door bagi terbuka luas. Angin menerpa ke muka aku. Aku memandang blok dekat depan aku. Kosong dan suram. Aku berpusing dan bersandar dekat dinding balcony lantas memandang kedalam. Tak lama tu aku perasan saiful dan mizan keluar.

"Diaorang kemana?" Tanya aku.

"Cari mikail."

Aku hanya menganggukkan kepala.

"So macam mana sekarang?" Tanya aku yang masih lagi berdiri dekat balcony.

"Aku rasa kita bermalam dekat sini." Ucap abang ben.

"Are you sure abang ben?" Tanya wati.

Aku pandang abang ben yang tak jawab soalan wati. Tak sure lah tu. Kiki.

"Apa-apa pun kita tengok kejap lagi." Sampuk izuwann yang dari tadi mendiamkan diri.

"Aku setuju apa yang izz katakan. Kita tak boleh nak buat keputusan sekarang." Sampuk anuar pula

"J kau macam mana?" Tanya abang ben memandang aku

"Aku ikutkan je" Ucap aku lantas berpusing. Best pulak lepak kat balcony ni.

"So dekat nak maghrib ni. Buat lah apa-apa yang patut dulu. Sementara nak tunggu mizan dan saiful bawa balik mikail."

Aku terus masuk ke dalam dan menuju dekat master bedroom. Aku pandang sekeliling bilik tersebut. 'Not bad' Ucap aku dalam hati. Aku meletakkan beg di tepi katil dan kamera di atas meja lantas aku masuk ke dalam bilik air. Masa aku tengah nak cuci muka tu tiba-tiba langsir yang menutup bathtup tu seperti ada orang tarik perlahan. Aku berpaling ke kanan. Dalam 10 minit jugak aku pandang ke arah bathtub. Oleh kerana aku nak kan kepastian, aku terus melangkah dan menarik langsir tersebut

"Hmm. Perasaan aku myb" Ucap aku sendirian. Aku terus pusing. Belum sempat aku nak melangkah, aku dapat rasakan macam ada sesuatu dibelakang aku. Bulu roma aku tegak setegaknya. Tak lama tu.

Tok! Tok! Tok!

Aku tersentak lantas memandang ke pintu. Aku berjalan perlahan ke arah pintu dan belum sempat aku nak pulas tombol..

"J!!! Aku nak terkencing! Cepat lah."

Aku terus memejamkan mata lantas meletakkan dahi ke pintu sambil menghembus nafas. Lega cuk. Tombol pintu aku tarik kuat.

"Lain kali ketuk slow-slow lah gila." Ucap aku.

"Okay."

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now