Khairul dan puteri berpandangan sesama sendiri. Tiada sebutir kata yang keluar dari mulut mereka berdua. Tak lama tu..
“Dekat sini ke j?” Tanya khairul.
Aku menganggukkan kepala lantas tersenyum.
“Ye.” Ucap aku lantas berdepan dengan khairil dan puteri. “Aku nak telefon korang berdua.”
“Kenapa?” Tanya puteris
“Serah je. Jangan risau, aku tak bodoh lagi nak buat benda bukan-bukan dekat telefon korang berdua.”
Khairul dan puteri lambat-lambat untuk serahkan telefon dekat aku. Nak atau tak nak diaorang tetap kena serahkan jugak seperti mana kunci kereta aku diserahkan sebelum aku masuk highland tower. Aku terus tekan button power off dan aku masukkan ke dalam porch bag aku.
“Puteri, kau tunggu sini. Khairul kau ikut aku.”
“Ha? J tolong j, aku merayu dekat kau!”
“Apa kau ni? Kan aku mintak kau tunggu dekat sini. Ataupun kau pergi tunggu dekat bawah lampu sana” Ucap aku lantas menunjukkan pondok yang suatu ketika dulu roboh disebabkan benda itu kini berdiri teguh ditempat yang sama.
Aku memerhati langkah puteri menuju ke pondok tersebut. Setelah puteri betul-betul berada di pondok tersebut, aku mengajak khairul ke belakang rumah. Mungkin aku tak pernah cerita dekat sini apa yang ada dibelakang rumah nenek lia. Belakang rumah nenek lia ni bagi aku lagi menyeramkan dari highland tower. I cannot brain.
“Dah bersedia khairul?” Tanya aku.
Khairul pandang aku.
“Aku macam tak percaya. Gara-gara frinkey, aku dengan puteri jadi mangsa. Seriuslah j. Tak adil bagi kitaorang.”
Aku tersenyum.
“Aku pun rasa tak adil sebab tiba-tiba aku kena cabar untuk uji nyali. Dari team kau pulak tu khairul. Cuba tanya adha, siapa yang cari pasal dulu. Oh ya. Malam yang aku dekat highland tower kenapa kau dengan puteri boleh ada dekat situ?” Tanya aku.
“Adha mintak aku dengan puteri untuk wakilkan frinkey.”
“See. So tak salah kalau kau dengan puteri kena gantikan frinkey dekat sini”
Khairul terdiam. Aku memandang khairul. Terasa geli hati tiba-tiba.
“Tripod kau letak kat sini. Sebab depan ni laluan dia. Kau duduk dekat pinggir bukit ni.” Ucap aku.
Khairul hanya menurut kata-kata aku tanpa banyak bicara. Selepas selesai semuanya, aku terus meninggalkan khairul. Aku tak terus ke puteri malah aku guna jalan lain untuk menuju ke kereta. Bila sampai dekat kereta, aku terus padamkan torchlight dekat kepala. Lima belas minit kemudian aku menuju ke bukit untuk naik ke halaman rumah nenek lia. Puteri still berdiri dekat pondok tersebut. Sesekali aku perasan dia memandang sekeliling. Tak tentu hala di buatnya. Aku terus menuju ke pokok staq. Lantas aku panjat pokok tersebut. Kamera aku halakan dekat puteri. Aku menyuluh pokok tersebut guna flashlight telefon untuk mencari buah staq lantas aku petik. Sesekali makan buah atas pokok sedap jugak. Layan beb layan. Masam gila.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
TerrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.