BAB 2

2.6K 126 7
                                    

“Around 7.30pm kot aku terus keluar dari situ. Situ memang jauh pendalaman. Sangat-sangat jauh. Bayangkan eh, nak ke kedai makan atau runcit tu ha kena pergi kat luar sana. Jauh dia tak boleh bawa bincang duh.”

“Kau pernah tidur sana tak j?” Tanya watie.

“Pernah. Aku pernah tidur situ dan aku pernah kena usik masa tidur. Ini kira first time aku tidur kat situ. Pada mulanya aku ingat masa tu aku nak tidur dengan pak budi, tapi entah lah. Pak jenus cakap dia kena usik. Jadi nak atau tak nak, aku kena tidur kat dalam bilik pak jenus. Rumah kongsi kan. Korang mesti tahu punya. Masa tu hanya ada pak jenus dengan pak budi. Pekerja-pekerja yang lain diorang amik orang asli. Rumah orang asli tu dekat je dengan tempat pembinaan. Dan yang tak boleh blah tu, rumah kongsi yang pak jenus ni buat betul-betul dekat sebelah hutan bahagian tepi. Situ memang tak ada lampu. Rumah kongsi yang pak budi buat kat tepi bukit. Situ laluan keluar masuk dan kat situ satu-satunya lampu yang ada. Kat tempat lain memang gelap dekat bahagian luar. So malam tu aku tidur dekat bilik pak jenus. Mula-mula aku masuk dekat bilik pak jenus tak ada apa-apa pun. Jadi aku naik kat atas pangkin dan baring kat situ. Akhirnya aku terlelap. Kejadian yang berlaku masa aku nak terkencing. Masa tu around 3.45. Aku ingat lagi waktu tu. Lagi pulak, Kedudukan rumah kongsi pak jenus dengan pak budi jauh weh. Jadi nak atau tak nak aku kena hadap lah sorang-sorang. Aku capai torchlight yang besar tu dan berjalan ke bilik air sambil aku suluh kawasan keliling. Bilik air pulak kedudukan dia hujung jadi dengan perlahan-lahan aku berjalan. Salah satunya aku takut terpijak paku. Dah sampai bilik air, dah siap kencing apa semua masa aku nak keluar dari bilik air tu tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu dibahagian belakang bilik air. Korang mesti tahu kan bilik air tak serupa bilik air. Aku terus suluh belakang. Suluh punya suluh sekali ada kepala betul-betul dekat atas kayu balak yang dah tumbang dekat belakang bilik air tu. Yang paling tak boleh blah, hanya kepala, mata putih lepas tu mulut dia ternganga besar. Aku apa lagi, terus berlari keluar dari bilik air tu. Tengah aku berlari-lari nak memuju ke rumah kongsi pak jenus, kat bahagian kiri aku ni tapak pembinaan yang baru nak naik. Tiba-tiba ada satu benda yang bergerak. Benda tu besar. Hitam. Pada mulanya aku ingat ke lembu, tapi bila aku suluh rupa dia macam mawas tapi aku yakin tu bukan mawas. Dia pandang tepat ke arah aku. Dia berjalan perlahan ke arah aku sambil keluarkan satu bunyi yang aku sendiri tak dapat nak describekan macam mana. Yang membuatkan aku rasa macam ‘shit’ sangat tu, dia makin mengembang dan besar. Aku terus berlari masuk ke dalam rumah kongsi pak jenus dan aku duduk berpeluk lutut dekat bucu dinding kayu. Masa tu aku nak cakap takut tapi tak. Nak cakap aku berani pun tak. Entah lah. Aku dalam keadaan macam tu 15 minit. Tiba-tiba aku terdengar bunyi azan yang paling kuat. Tak lama tu pak budi muncul dengan pak jenus dekat depan pintu. Budi ambil air dan baca then dia kasi aku minum. Tu je”

“Kau tak tanya budi tu apa?” Tanya wati

Aku menggelangkan kepala sambil menyuap mee goreng yang separuh kembang.

“Habis yang dekat jerat cina tu pulak?” Tanya anuar.

“Bagi aku makan dulu lah. Lapoi ni.”

“Okay-okay makan dulu”

Aku teruskan makan tanpa pedulikan yang lain. Sesekali aku dengar diorang berborak pasal tempat-tempat yang abang ben research kan tu. Ada satu tempat yang menarik sangat ditelinga aku. Iaitu amber court. Aku nak sangat pergi kat tempat tu. Tapi abang ben cakap nanti dia fikirkan. Selesai makan aku terus sambung cerita.

“Dah siap?” Tanya abang ben.

“Udah-udah”

“Okay guys berbalik pada kisah aku tu. Lepas motor aku dah hidup aku terus keluar dari situ. Kiri kanan hutan dan sebiji kereta aku tak jumpa sepanjang jalan tu. Masa nak keluar dari kawasan situ, aku hampir-hampir nak langgar sekeluarga yang melintas jalan. Nasib sempat aku brek. Kalau tak, keluarga tu dengan aku-aku sekali arwah!”

“Siapa j? Orang asli kat dalam tu jugak ke?” Tanya anuar.

“Tak” Jawab aku menggelengkan kepala.

“Habis tu?”

“Babi sekeluarga”

“Setan lah kau ni j. Panas pulak aku dengan kau ni. Main-main eh!” Marah anuar

Suasana pada mulanya dimeja senyap sebab fokus dekat cerita aku, kini bertukar menjadi kecoh dengan gelak ketawa. Rata-rata pelanggan yang duduk berhampiran dengan meja kitaorang berpaling. Aku mengangkat tangan dan tersenyum.

“Nak aku sambung tak?”

“Tak payah lah! Koyak aku dengan kau ni.” Marah anuar.

“Eleh! Macam tak biasa pulak”

“Weh sambung lah j” Ucap izuwann.

“Okay-okay aku sambung. Setelah satu keluarga tu berlalu pergi, aku terus kan perjalanan aku yang jauh lagi gelap tu. Sampai satu simpang kiri, aku terus masuk sebab situlah simpang nak ke highway. Tengah aku ride dalam keadaan gelap tu tiba-tiba..

Zassss!!

“Apa benda tu?” Tanya mizan.

“Aku tak tahu benda apa. Yang aku tahu benda tu laju sangat lalu sebelah aku. Nak cakap motor pun tak. Apa tah lagi kereta atau lori. Sumpah laju. Masa ni aku tak pulak rasa nak ambil tahu sebab aku fikir nak keluar dari situ secepat yang mungkin.

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now