BAB 10

1.3K 89 1
                                    

“Are you ready bebeh?” Tanya aku

“Of course I'm ready” Jawab wati

“Okay cun”

Aku dengan yang lain naik dan berdiri ditengah-tengah kubur cina. Situ ada jalan tar. Dulu masa aku duduk dekat pondok, belakang kubur cina tu ada rumah orang. Salah satu rumah kawan aku yang duduk dekat pondok jugak. Namanya azizah. Azizah ni dulu rumah dia kawasan kampung pendalaman. Tetapi pindah dan duduk dekat belakang kubur cina tu. Fuh berani betul keluarga kawan aku tu. Kalau aku, idok ler teman. Sebab itu lah ada jalan tar. Tetapi sekarang aku tak pasti sama ada jalan tar tu masih ada atau tak.

“Kita bahagi kepada 3 bahagian. Izuwann kau nak partner dengan siapa?”

“Aku partner dengan j”

“Come to mama izz” Ucap aku gelak-gelak.

“Bodoh kau ni j” Ucap izuwann

Yang lain semua tergelak melihat telatah izuwann.

“Cop! Habis aku? Aku nak dengan j.” Ucap wati.

“Kau dengan mika je wati.” Ucap anuar.

“Tak nak. Dengan mika aku rasa tak selamat. Abang ben aku nak dengan j. Tak apa lah kitaorang bertiga” Ucap wati lantas menuju ke arah aku dengan izuwann.

“Hish kau ni wati. Ikut lah. Anuar kau mizan dengan mika.” Ucap abang ben. “Aku dengan crew yang lain. So korang dah boleh ambil tempat masing-masing. Eh jap, jangan jauh sangat okay.” Ucap abang ben lagi.

“Oraite” Ucap aku lantas berpusing dan berjalan ke bahagian tepi diikuti oleh wati dan izuwann.

Aku memacak tripod dipenjuru sebelah kanan. Selesai memacak, aku duduk di atas batu yang telah disediakan dekat situ sambil berborak dengan wati. Izuwann masih lagi memasang tripod dekat sebelah kiri.

“J, aku harap tak ada benda yang berlaku lah”

Aku memandang wati sekilas dekat sebelah.

“Tak jugak. Sebab kita yang mencari.” Ucap aku sambil menampar nyamuk. Adoi nyamuk ni tak henti-henti nak isap darah aku. Haih, memang ajak gaduh betul nyamuk ni.

“Kau macam menggalakkan je j”

“Uish! Kau gila? Memang tak lah aku nak menggalakkan benda-benda macam tu berlaku. Maksud aku, bila kita sendiri yang mencuba untuk lakukan benda yang macam ini makanya kita sendiri yang akan tanggung. Ada faham ka cik kak?”

Wati terdiam. Aku pandang dia sambil angkat kening.

“Ye aku faham”

“Kalau faham baguslah. Tapi kan aku tiba-tiba tak sedap hati” Ucap aku

“Ah sudah?” Ucap wati.

“Asal j?” Tanya izuwann yang tiba-tiba muncul.

Belum sempat aku nak buka mulut, tiba-tiba walkie talkie berbunyi.

“Mika, mana mika?” Tanya abang ben

Aku berpandangan dengan wati dan izuwann di depan aku. Ah sudah!

“Eh tadi mika dengan aku. Mizan mika mana?” Anuar bersuara pulak. Panik!

Suasana jadi sunyi. Tak lama tu.

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now