Tak lama tu mak lela sampai dan dia menyerahkan bantal dan selimut dekat izuwann. Ubat nyamuk sekali.
“Ni ann, mak lela tak kunci pintu tau. Makanan ada dalam peti ais. Kalau lapar panaskan ye.”
Aku yang tengah baring dan berselimut sampai muka terus bersuara.
“Baik bos!” Ucap aku lantas menunjukkan jari okay.
Mak lela terus berlalu meninggalkan aku dengan izuwann di luar. Aku terus pejamkan mata. Mengantok ya amat. Tak lama tu izuwann bersuara.
“J!” Panggil izuwann
“Hmm”
“Aku lapar lah.”
Kain selimut yang menutup muka aku, aku tarik sampai dekat paras dada. Termenung aku sekejap.
“Kepala otak kau. Tak sampai 5 minit mak lela masuk. Kenapa kau tak mintak kat mak lela je?” Tanya aku geram.
“Aku segan lah gila!”
Aku tepuk dahi dengan jawapan yang keluar dari mulut izuwann. Aku bangun dan memandang izuwann.
“Aku pun lapar jugak! Jom ah” Ucap aku lantas tergelak.
Aku dengan izuwann terus bangun. Belum sempat aku nak melangkah, izuwann menarik lengan baju aku.
“Tapi kau okay ke nak masuk ke dalam?”
Aku memandang muka izuwann.
“Apahal tak okay pulak. Walaupun benda tu setan, orang nampak dia jahat, sebenarnya dia baik je. Kalau tak kenapa bahagian aku hanya dekat dapur je. Dia tahu aku datang sini selalunya nak makan je. So tempat aku dekat dapur. Haaa gittew!.” Ucap aku lantas berjalan menuju ke pintu dapur. Aku tarik gril dan masuk ke dalam. Rumah dekat bangsar ni special sikit. Selalunya kalau orang nak tidur malam, orang akan kunci pintu tingkap apa semua kan? Tapi kitaorang tak. Pintu dan tingkap tak pernah berkunci bila waktu malam. Kalau orang tanya aku kenapa tak pernah berkunci? Tak takut ke perompak masuk? Hmm jangan kata perompak, aku sendiri pun idok nak masuk time-time malam. Abam-abam polis yang selalu ronda-ronda pun tak pernah turun dari kereta. Nampak tak keseraman tu macam mana.
“Haih. Geram pulak aku dengan kau ni. Kau main-main kan aku eh!”
Aku tergelak dan menuju ke dapur.
“Kau lepak lah dulu. Aku nak panaskan nasi dan lauk jap.”
“Oraite.” Ucap izuwann lantas capai remote tv.
Selesai makan apa semua, aku ambil keputusan untuk tidur. Lagi pulak dah lewat sangat dah ni. Bahaya cuk. Keesokkan hari izuwann mintak diri untuk balik. Dari pagi berganjak ke tengah hari, petang dan malam. Malam itu lah malam yang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Malam itu aku lepak dekat kerusi batu sebelah pagar sorang-sorang, tiba-tiba aku dapat pesanan ringkas oleh abang ben. Dia ajak jumpa. Oleh kerana aku malas nak keluar, abang ben ajak yang lain jumpa aku dekat bangsar. Pada mulanya aku okay je lah sebab member nak datang. Lagi pulak aku bosan. Tak tahu nak buat apa so bila ada member boleh borak-borak dekat luar. Abang ben dan yang lain sampai lewat lah jugak. Around 10 lebih macam itu.
“Kau tak bosan ke duduk sorang-sorang dekat sini j?” Tanya abang ben.
“Bosan jugak lah. Tapi nak buat macam mana. Lepak je lah kan.”
“Tu ah.” Ucap abang ben pandang sekeliling kawasan. “Tapi seram jugak kan kawasan sini bila malam.”
“Eh j, rumah tu ada orang ke?” Tanya izuwann tiba-tiba.
“Mana? Tu ke?” Tanya aku
“Haah”
“Oo rumah tu rumah kosong. Rumah tu banyak sejarahnya dan kisahnya” Ucap aku perlahan
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.