Tarikh telah pun ditetapkan. Adha nak atau tak nak, dia kena jugak nak. Sebab salah seorang crew dia telah mencabar aku untuk uji nyali dan sekarang turn crew dia untuk uji nyali.
“Serius lah j? Kenapa kena pergi dekat grik?” Tanya adha tak puas hati.
Aku buat perjumpaan berdua antara aku dengan adha. Aku pandang adha lantas aku tersenyum.
“Mungkin itu tempat yang paling sesuai untuk crew kau kot adha” Ucap aku tenang.
“Tahu. Tapi kenapa sampai keluar kL. Nanti kalau jadi apa-apa dekat diaorang macam mana?”
“Habis masa crew kau cabar aku ada tak kau fikir apa yang jadi dekat aku? LoL”
“Kau lain j. Sangat-sangat lain.”
“Perjanjian tetap perjanjian. Crew kau yang setkan tempat untuk aku and why not aku pun buat benda yang sama right?”
Adha mengeluh kuat. Pandangan dia beralih ke tempat lain. Jangan cuba-cuba nak bermain dengan api cuk.
“Amacam?”
Adha berpaling ke arah aku sekilas dan dalam masa yang sama aku pun pandang adha.
“J, bertimbang rasa lah sikit. Please”
Aku menggelengkan kepala.
“Nope! Apa susah. Kalau jadi apa-apa kau lah yang bertanggungjawab. Sampai bila duh ha kau nak jadi lelaki yang tak bertanggungjawab? Kasi settle lah”
"J aku tahu kau berdendam dengan aku kan? Aku tak rasa sebab frinkey cabar kau dan kau nak cabar budak-budak aku. I know you lah j. Jangan disebabkan dulu, kita bertelagah antara satu sama lain. Sampai bila kau nak berdendam dengan aku j?"
Aku tergelak tanpa memandang adha.
"Mungkin sampai aku mati kot." Ucap aku lantas berpaling ke arah adha. "Selagi hati aku tak dapat memaafkan, selagi tu dendam tu menjadi api dan membara. Aku rasa kau pun dah cukup kenal aku right?"
"Keras sungguh hati kau j!" Ucap adha.
Aku memandang adha.
"Aku pergi ambil budak-budak kau sekarang. Jangan lupa call diaorang"
Adha terdiam. Tak lama kemudian dia menganggukkan kepala tanda setuju. Aku pun tak membuang masa untuk tunggu lebih lama disitu. Banyak benda yang harus aku selesaikan. Selesai aku ambil puteri dan khairul, aku terus memandu keluar dari kuala lumpur. Didalam kereta, puteri disebelah aku dan khairul dibelakang tak banyak cakap. Sesekali aku perasan puteri seakan gelisah. Sekejap memandang luar tingkap. Sekejap memandang ke belakang. Aku hanya memerhati gelagat puteri. Ingin ketawa tapi aku tahan. Rasain lo. Pada mulanya aku telefon abang awie. Bapak saudara lia. Aku mintak jasa baik dia untuk buat uji nyali dekat rumah dia. Abang awie tak setuju pada mulanya tetapi bila aku yakinkan dia, Akhirnya dia setuju. Kebetulan pulak, opah dan atok lia tak ada, jadi senang lah kerja aku. Aku sampai dirumah abang awie around 10pm. Aku sengaja bertolak lewat dari kuala lumpur sebab aku nak mereka rasa suasana malam bila berada di grik.
“Keluarlah. Kita dah sampai” Ucap aku lantas buka pintu kereta
“J” Panggil khairul.
Aku berpaling ke arah khairul. Dan khairul menyerahkan telefonnya dekat aku.
“Adha”
Telefon bertukar tangan.
“Yerp!”
“J aku harap kau tak buat bukan-bukan.” Ucap adha.
“Tengok lah dulu macam mana”
“J, please!”
Aku terus menekan butang merah dan menyerah kembali telefon dekat khairul. Dalam masa yang begini, aku tak berminat nak dengar pujuk rayu manusia. Masa korang buat aku, bukan main seronok. Bila turn korang, siap merayu bagai. Apo!
“J aku takut lah” Ucap puteri dekat sebelah kiri aku.
Aku tak berkata apa-apa. Hanya berjalan naik bukit. Bila sampai je dihalaman besar milik nenek lia, aku berhenti melangkah. Torchlight dikepala aku betulkan lantas aku mendepakan tangan dan berpusing mengadap puteri dan khairul.
“Amacam?” Tanya aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/270506292-288-k493361.jpg)
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
TerrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.