BAB 48

909 76 2
                                    

Budi memberi salam.

Tak lama kemudian muncul seorang lelaki yang berumur dekat pintu.

“Waalaikumsalam. Pak budi. Silakan masuk” Pelawa lelaki tersebut.

Aku budi dan yang lain-lain terus masuk ke dalam rumah mikail selepas dipelawa. Masuk saja di rumah mikail, aku nampak mikail tengah tidur diruang tamu. Aku terus duduk bersila di bahagian kaki.

“Dia dah okay belum?” Tanya aku.

“Lepas kamu hantar, macam ni lah dia.”

Aku terdiam. Aku berpaling ke arah pak budi. Mulut pak budi terkumat kamit membaca sesuatu. Tak lama tu

Tap!!

Oleh disebabkan bunyi yang tak dijangkakan itu agak kuat, aku dengan yang lain tersentak. Aku berpaling ke arah pak budi. Kedua tangan pak budi dekat lantai kiri dan kanan. Mata pak budi tajam memandang ke depan.

“Apa yang kamu mahukan?” Tanya pak budi dengan suara yang kasar dan garau.

Aku memandang izuwann yang berada disebelah pak budi. Dan tak lama tu izuwann menjuih mulut menujuk sesuatu dibelakang aku. Aku terus berpaling.

“Mak engkau!” Ucap aku spontan sebab terkejut lantas aku mengesot ke belakang.

Apa yang buat aku terkejut ialah, memula tu mikail tengah tidur. Aku langsung tak perasan bila masa mikail bangun dan bercangkung mengunakan ibu jari kaki. Mata hitamnya tak ada. Masa ni bulu roma aku tegak ya amat.

“Apa yang kamu mahukan!!?” Tanya pak budi lagi.

Mikail menundukkan kepala. Lantas kepalanya diangkat keras. Air liur meleleh-leleh keluar dari mulut.

“Dia hidupkan aku!! Dia mahukan aku!!. Aku mahukan dia!!”

Aku berpaling ke arah pak budi. Keris yang berada ditangan budi, budi ukir diatas kain mantera yang mikail punya. Mulutnya terkumat kamit bacakan sesuatu. Tak lama tu..

“Allahuakbar!!!” Jerit pak budi lantas melayangkan angin ke arah mikail mengunakan tasbih.

Pak budi lantas bangun dan buka buah langkah. Tak lama tu pak budi memacakkan keris ke atas kain mantera dan ia membuatkan mikail rebah. Pak budi cepat-cepat melangkah ke arah mikail dan memagar tanpa dilihat oleh mata kasar. Memang masa tu mikail memang tak boleh bergerak langsung. Tak lama tu pak budi mengeluarkan daun yang aku sendiri tak tahu itu daun apa dan menghayun ke arah mikail. Mikail menjerit kuat. Sampai lah dia betul-betul lembik dan keris yang memacak kat atas kain mantera tu jatuh dengan sendiri. Di tengah-tengah kain tu  ada kesan terbakar. Aku memandang anuar. Terkejut. Pak budi dudukkan mikail. Tak lama tu pak budi memandang ke arah kitaorang.

“Kamu berdua, sini!” Panggil pak budi.

Izuwann dan abang ben bangun dan menuju ke arah pak budi.

“Pegang dia” Ucap pak budi

Izuwann memegang bahu kanan mikail dan abang ben memegang bahu kiri mikail. Pak budi terus selak tshirt mikail dari belakang. Aku cepat-cepat bangun dan melangkah ke bahagian tepi untuk tengok apa yang pak budi buat. Masa ni aku terkejut beruk. Ada tulisan berada di belakang mikail. Aku tak tahu apa kegunaan tulisan tu.

“Anuar, ambil keris tu” Suruh pak budi.

Anuar terus capai keris dan bagi dekat pak budi. Keris yang berada di tangan pak budi di baca lama. Tak lama tu pak budi tekapkan keris tu dekat tulisan tersebut. Mikail menjerit sekuat hati berselang seli dengan suara perempuan.

“Panas!!! Panas!!!” Jerit mikail lantas tangannya nak mengagau dekat belakang badan. Tetapi sayangnya tangan dia tak boleh bergerak sebab digegam kuat oleh izuwann dan abang ben.

Satu persatu tulisan dekat belakang badan mikail hilang dan akhirnya mikail diam. Tak bergerak. Benda tu hilang sekelip mata. Aku tak tahu benda tu keluar dari mana.

“Letakkan dia” Pinta budi.

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now