BAB 64

1.5K 107 21
                                    

“Korang semua bukan keluarga aku lah! Aku baik dengan korang semua pun sebab salah satunya duit dan aktiviti paranormal. Itu je”

Masa aku dengar dia cakap macam itu, aku rasa macam nak bunuh dan buang mikail dari bumi ni. Tetapi abang ben nasihatkan aku. Abang ben sabarkan aku.

“Kita layankan dia j. Dia tu kadang-kadang tak berotak bila nak bercakap.”

Sebab itu selepas je kejadian itu, aku dah tak ambil tahu pasal mika dah. Abang ben je masih ambil berat pasal mikail. Anuar pulak dalam tak nak tak nak tu tapi still ambil berat pasal mikail. Izuwann lagi lah tak pernah ambil tahu. Walau macam mana pun aku tetap sayangkan mikail. Tenang lah disana wahai hafiz mikail aka mika.

Abang ben terus berurusan dengan pihak hospital. Aku berdiri ditepi pintu masuk hospital dan aku masih lagi tak percaya dengan apa yang dah berlaku sekarang. Tak lama tu family mikail muncul. Nasib mak ayah mikail redho dan terima qada and qadar allah. Abang ben jelaskan apa yang telah berlaku. Si ayah wajahnya berubah bila tahu hal yang sebenarnya. Aku dengan yang lain masih lagi tunggu di hospital sampai jenazah boleh dibawa balik. Pagi itu selepas selesai kebumian mikail, mizan buka cerita masa kitaorang pergi kedai mamak.

“Sebenarnya kalau korang nak tahu, lepas je kali kedua aku masuk ke dalam rumah tu, baru aku nampak mikail. Mikail tengah baca mantera. Aku cuba nak hentikan tetapi mikail terus tolak aku. Aku sempat bergelut dengan mikail. Masa tengah bergelut tu tiba-tiba muncul satu makhluk dan makhluk tu cuba nak serang mikail. Tetapi mikail dapat meloloskan diri dan keluar dari rumah tu. Mungkin masa tu mikail panik sebab yelah kena serang dengan makhluk kan. Tapi yang anehnya makhluk tu lain dari yang lain. Aku tak pernah tengok sebelum ni.”

“Rupanya macam mana?” Tanya abang ben.

“Aku sempat lah tengok masa tu. Badan dia panjang. Kaki dia panjang. Tangan dia panjang dan lidah dia panjang dan dalam keadaan berbogel. Aku terkejut jugak masa tu.”

Aku terfikir apa yang mizan ceritakan. Kalau macam tu hanya dua je lah. Hantu galah dengan jelangkung. Kalau hantu galah tak mungkin. Aku terus pandang yang lain.

“Jelangkung ke?” Tanya aku.

Semua muka terkejut.

“Takkan mikail pergi indonesia?” Tanya aku lagi.

“Kenapa j?” Tanya izuwann.

“Tak ada apa. Menurut cerita mizan ni, gaya makhluk tu macam jelangkung dan setahu aku usul jelangkung ni dari indonesia. Sebab tu aku tanya takkan mikail pergi indon.”

“Boleh jadi. Sebab lepas berubat dengan budi, mikail terus hilang.” Ucap abang ben.

Aku terus bersandar dekat kerusi lantas berpeluk tubuh. Tak lama selepas tu abang ben mintak diri untuk pulang. Aku pun turut balik ke rumah. Keesokan hari abang ben ajak jumpa dekat tasek titiwangsa.

“Mungkin lepas ni takkan ada lagi aktiviti paranormal. Aku akan delete page dan video yang ada di youtube. Aku mintak maaf guys! Mungkin lepas ni aku akan keluar dari kL ni. Aku tak boleh terima dengan apa yang berlaku sekarang.” Ucap abang ben.

Lepas je abang ben cakap macam itu dia terus pergi meninggalkan kitaorang. Mizan pulak balik dekat tempat asal dia. Serawak. Wati pun sama. Di kL hanya tinggal aku anuar dan izuwann.

Tamatt....

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now