BAB 27

1K 80 0
                                    

Ucap abang ben.

Aku menganggukkan kepala. Ya allah masa ni happy tak terkata. Makanan dekat depan aku ni rasa tawar sebab happy yang terlampau. Tak lama tu aku dengar abang ben bercakap.

"Siapa yang diantara kita ni bersubahat dengan mikail? Pergi ke siam untuk belajar mentera? Kalau ada tu mengaku cepat sebelum kita ke amber court." Tanya abang ben.

Semua diantara kitaorang ni terdiam. Mungkin terkejut. Tapi bagi aku memang terkejut dengan kenyataan yang abang ben bagitahu. Aku memandang mikail. Aih mamat ni kecik besar kecik besar je lah. Dah tua-tua pun bodoh!

"Kau tengok apa j?" Tanya mikail yang perasan aku memandang dia lama.

"Kau jangan bagitahu yang kau nak buat benda bodoh ni mika" Ucap aku.

"Kalau aku buat pun, ada masalah dengan kau ke?"

Pinggan dan air yang berada didepan aku, aku tolak sedikit kedepan supaya membolehkan tangan aku letak dekat situ.

"Bukan masalah dengan aku? Wow! Seriusly?"

"Yelah. Asal?"

"Ni kau ni dah tua tau. Orang tua-tua ni yang aku tahu, diaorang ni berakal. Dah lah kita ni dah buat hal yang kau nak tambahkan hal lagi dah kenapa mika? kita pergi enjoy-enjoy. Fun-fun sudahlah. Kenapa sampai nak baca mentera bagai? Memang tak sayang nyawa ke apa ni?" Ucap aku.

"Okay! Aku tak join." Ucap mikail terus bangun dan meninggalkan kitaorang dekat kedai makan.

"Pulak!" Ucap wati sepatah.

Aku hanya menggelengkan kepala memandang mikail berjalan sampai lah bayang dia hilang. Aku mengeluh perlahan sambil mengetuk-mengetuk lighter di atas meja.

"So jadi atau tak?" Tanya anuar tiba-tiba.

"Jadi. Jangan risau. Nanti pandai-pandai lah aku pujuk si mikail tu." Ucap abang ben. "Ni j, nanti call kawan kau yang kerja dekat amber court tu tau."

"Baik bos"

Perbincangan terhenti dekat situ disebabkan mikail buat perangai. Aku tak tahu apa masalah dia. Pening kepala aku haih. Keesokkan hari aku telefon kawan aku yang kerja di amber court. Katanya dah lama dia berhenti kerja dekat situ. Petang itu perjumpaan antara aku dengan saiful dengan fara.

"Asal j?" Tanya saiful

"Fara mana?" Tanya aku sambil memandang sekeliling saiful.

"Fara pergi beli air." Jawab saiful "Ha tu. Panjang umur. Ingatkan dah pendek umur dah si fara tu."

Aku tergelak.

"Ekeh! Biadapnya kau." Ucap aku.

Saiful masih lagi tergelak dengan lawaknya sendiri. Tak lama tu dengan sisa ketawa, saiful bersuara.

"Asal kau nak jumpa aku j?" Tanya saiful

"Abang ben suruh tanya kau pasal amber court. Kenapa eh kau berhenti kerja kat situ?"

Belum sempat saiful nak bercakap, fara terlebih dulu bersuara.

"Mei!!! Lama tak jumpa mei! Rindu laa." Ucap fara lantas memeluk aku. Aku turut membalas pelukan fara.

Aku memandang saiful dan saiful buat muka menyampah.

"Macam gitu lah perempuan. Jumpa sikit peluk. Jumpa sikit peluk. Dengan aku tak nak peluk ke ha?" Ucap saiful langsung membuat gaya perempuan.

Aku tergelak dengan tingkah laku saiful. Boleh pulak dia buat lembut.

"Sumpah barai duh kau buat macam gini. Haha!" Ucap aku sambil gelak.

"Nah mei. Air." Sua fara dengan sisa ketawa dia.

Aku berpaling ke arah fara lantas mengambil air anggur. My febret. Wala!

"Tq tq tq"

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now