Aku mendongakkan kepala memandang wati yang tengah melangkah ke bilik air. Rokok wiston merah yang berada di atas meja sebelah katil aku capai dan aku cucuh. Aku mengeluh perlahan sambil menghembus asap rokok. Rambut aku yang basah aku garu. Aku berganjak ke kepala katil dan aku bersandar dekat situ. Aku play kan rakaman yang berada didalam kamera tersebut. Video masih dimainkan. Bila rakaman itu dah habis, aku terus letakkan kamera dekat atas meja disebelah katil. Tak lama tu wati keluar dari bilik air.
“Siapa yang pulihkan aku?” tanya aku
“Abang ben izuwann dan anuar. Diaorang guna air kau.”
“Air delima?” Tanya aku
“Yerp! Aku dah cakap dah j, kalau kau rasa tak sedap hati, kau bagitahu kitaorang. Jangan diam. Tengok apa dah jadi sekarang.”
Aku terus bangun dari katil dan menuju ke tingkap. Putung rokok aku jentik keluar dari tingkap. Aku bersandar dan memandang wati yang tengah pakai baju.
“Ni wati, masalahnya aku tak rasa apa-apa. Kalau aku ada rasa something aku dah bagi tahu kau atau abang ben. Kenapa tak boleh nak faham ni!” Ucap aku dengan nada suara yang tinggi.
“Kalau kau kasi tahu, benda ni tak akan jadi macam ni. J kau kena ingat satu benda, kau ni ibarat kepala. Kalau orang lain kena rasuk kau yang pulih kan orang. Tetapi kalau kau yang kena rasuk siapa yang nak pulihkan kau? Kau kena ingat tu j! Nasib baik air tu ada dan aku perasan air tu dalam bonet kereta kau! Kalau tak apa akan jadi?”
“Biasa lah benda dah nak jadi kan. Yang kau angin semacam tu dah kenapa?" Tanya aku
“Kau cakap senang lah macam itu j! Risiko tinggi tahu tak.”
Belum sempat aku nak bersuara, tiba-tiba
Prannnngg!!
“Arghh!” Jerit wati.
Aku dan wati tertunduk. Tak lama tu aku dengan wati berpandangan sesama sendiri.
“Benda apa j?” Tanya wati perlahan.
“Tak pasti.” Ucap aku.
Aku terus menegakkan badan dan melangkah perlahan menuju ke bilik air diikuti oleh wati. Wati dah grap lengan kanan aku. Sampai saja dibilik air. Suis lampu aku tekan. Aku tolak je pintu, cermin yang ada dekat dalam bilik air dah terabur dekat singki. Ada kesan darah yang menitik dekat tepi singki. Aku pandang wati. Muka wati dah pucat lesi.
“Kutip kaca ni wati. Aku nak panggil abang ben kejap.” Ucap aku lantas berpusing.
“J aku takut.”
“Sekejap je. Kau kutip dan buang dalam tong sampah tu.”
Aku terus melangkah dan meninggalkan wati didalam bilik air. Aku terus menuju ke katil. Belum sempat aku nak capai telefon,
Kedegangg!!
Aku tersentak dan memandang ke arah bilik air. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu. 'wati?' aku terus berlari menuju ke tandas. Aku mengetuk pintu berkali-kali.
"Wati! Kau dengar aku tak?" Jerit aku.
“J!! Tolong aku j!” Jerit wati didalam tandas
Aku cuba pulas tombol pintu dari luar. Keras gila cuk. Aku cuba tolak guna bahu sambil memanggil nama wati.
“Wati!! Kau dengar suara aku tak?”
“Ha?? J!! Tolong!!” Jerit wati sambil mengetuk pintu dari dalam.
“Kejap-kejap!” Ucap aku lantas mendail nombor abang ben.
Berkali-kali aku dail nombor abang ben. Tapi tak berangkat. Shit ah. Aku terus keluar dari bilik dan menuju ke lif. Aku tekan punat lif berkali-kali akhirnya pintu lif terbuka. Aku terus meloloskan diri ke dalam lif. Butang tutup aku tekan. Lif bergerak dengan perlahan. Sampai saja dekat tingkat 5, aku terus keluar lif dan berlari ke bilik abang ben.
“Abang ben!!” Jerit aku serta ketukan dipintu.
Berkali-kali aku ketuk pintu bilik abang ben tetapi masih tak ada respone. Tak lama tu pintu berkuak dari dalam dan terjojollah muka abang ben dekat belakang pintu. Aku terus masuk ke dalam bilik abang ben. Aku pandang katil, izuwann dan anuar tengah membuta.
“Kenapa kau j?” Tanya abang ben dalam keadaan mamai.
YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
TerrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.