“Asal?” Tanya aku perlahan berbisik.
“Dekat sangat. Aku tak suka” Ucap izuwann.
Aku kerut dahi.
“Habis ni yang kau dekat dengan aku boleh pulak?”
“Kau tak apa. Kau orang yang aku sayang”
“Otak hang!”
Izuwann terus ketawa. Nasib baik izuwann berjaya kontrol ketawa dia. Kalau tak!!
“Apa yang berlaku sebenarnya?” Tanya pak budi tiba-tiba. Muka pak budi sangat lah serius.
Aku memandang pak budi. Walaupun bukan soalan itu di aju dekat aku, tapi bila pertama kali aku tengok muka pak budi serius membuatkan aku tertelan liur. Gulp! Along hanya menundukkan kepalanya. Tak lama tu perempuan yang aku tak kenal tu tiba-tiba menjerit membuatkan suasana menjadi kelam kabut sedikit. Pak budi terus berubat perempuan tersebut. Masa berubat apa semua tu tiba-tiba along yang tengah duduk dekat sebelah aku berdiri. Along tepat memandang lelaki yang berada di belakang pak budi. Dengan sepantas kilat, along meluru ke arah lelaki tersebut dan mencekik leher dia. Aku yang terkejut tengok tindakkan along terus menarik along dari belakang.
“Janna! Ruqyah kan anisa!” Jerit pak budi.
Aku terus dudukkan along dan memegang kepala along. Aku memintak izuwann memegang bahu along supaya along tak dapat lari. Pak budi masih lagi berubat perempuan yang tak kenal tu. Selesai aku ruqyah along, along tumbang. Tetapi sempat di tangkap oleh aku. Aku tahu. Along tak sepenuhnya sembuh.
“Pisahkan mereka!!” Jerit budi kuat
“Izuwann! Tolong aku.”
Aku dengan izuwann mengangkat along masuk ke dalam rumah dan letakkan dia dekat dalam bilik aku. Tak lama dalam 5 minit macam itu, along tersedar dan histeria. Aku panik sekejap.
“Kenapa?” Tanya izuwann dekat sebelah aku.
Aku memandang izuwann.
“Aku tak boleh.”
“Kau boleh j! Kau boleh!” Ucap izuwann memberi kata-kata semangat.
Memang aku tak boleh lakukan. Masa aku tengok along histeria, terbayang kisah dulu di dalam bilik tersebut. Dimana aku berubat orang didalam bilik aku ni dan aku kena rasuk secara tiba-tiba. Bila aku tanya budi, budi hanya cakap, panas. Itu je. Aku mematukan diri ditepi pintu. Tak lama tu pak budi masuk.
“Kamu keluar janna!” Suruh pak budi dengan suara yang garang.
Aku terus keluar dari bilik tersebut dan berdiri tegak dekat depan pintu. Selesai pak budi berubat along, budi terus keluar dari bilik aku diikuti oleh izuwann.
“Macam mana?” Tanya aku lantas melangkah masuk ke dalam bilik.
“Pak budi cakap dia dah okay. Sekarang ni dia tak sedarkan diri. Nanti pak budi nak mintak tolong kau mandikan dia.”
Aku hanya menganggukkan kepala.
“J,” Panggil izuwann.
Aku memandang izuwann.
“Iye?”
“Duduk jap”
Aku terus duduk dipintu bilik adik aku dan izuwann pulak duduk dipintu bilik aku.
“Kenapa?” Tanya aku.
“Aku masih lagi tak boleh nak faham. Ini rumah kau, kenapa kau sebagai owner tak boleh duduk dekat rumah sendiri?”
Aku termanggu dengan soalan dari izuwann. Tak lama kemudian aku mengesot dan duduk betul-betul dekat atas lantai.
“Ceritanya macam ni. Dulu masa aku dekat sekolah pondok, aku belajar itu, aku belajar ini apa semua. Then masa aku keluar pondok, aku tak tahu mana datangnya nenek ni. Nenek ni jaga aku. Aku tak berapa nak pasti sama ada nenek ni dari pondok atau tak. Tapi yang aku tahu, nenek ni sentiasa ada dengan aku di mana jua aku berada. Kalau kau nak tahu, tiang nak tumbang tadi tu nenek lah yang bagitahu. Kalau tak, aku tak tahu apa nak jadi dekat kau. Kau nampak tak dapur tu?” Tanya aku dekat izuwann lantas menunjukkan ruang dapur tengah.
Izuwann memandang apa yang aku tunjuk.
“Nampak.”

YOU ARE READING
KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"
HorrorHAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.