BAB 25

1K 80 0
                                    

“Ni kamera khairul j, tapi mana khairul?”

“Aku tahu ni kamera khairul tapi aku tak tahu kemana khairul” Ucap aku memandang sekeliling.

Masa aku tengah pandang sekeliling tu tiba-tiba....

Ketakk..

Bunyi seperti orang pijak ranting. Aku terus pusing kebelakang dan menyuluh. Masa aku tengah menyuluh tu tiba-tiba khairul terus serang aku dari depan. Aku tolak puteri ketepi dan aku terbaring dekat atas tanah. Sakit cuk!. Khairul tiba-tiba lari. Aku cepat-cepat bangun dan kejar khairul diikuti oleh puteri tetapi khairul hilang sekelip mata. Aku merukukkan badan untuk hilangkan lelah. Tak lama tu aku mengerling jam dekat pengelangan tangan. Lagi 15 minit nak azan subuh. Aku terus melangkah dan duduk dekat bangsal tepi pondok. Rokok aku keluarkan dan aku tarik dalam-dalam lantas aku hembus kuat.

“Macam mana ni j?” Tanya puteri

“Nanti siang. Gelap susah nak mencari!”

“Kalau dia mati macam mana?” Tanya puteri

“Dia takkan mati!” Ucap aku lantas menjentik rokok ke depan.

Tak lama tu, putung rokok yang aku jentik tu kembali dijentik dan jatuh dekat kaki aku. Aku memandang dekat depan dan berpaling tengok puteri dan puteri tengok aku.

"Macam mana putung rokok kau..."

Aku terus menyalakan torchlight dan menyuluh dekat depan.

"Tak ada apa lah tu."

"J! Kau pun nampak kan?"

"Sudah lah jangan ditegur. Mulut kau ni kan aih. Mak kau dulu lahirkan kau dekat reban ayam ke? Kalau tengok apa-apa diam!" Ucap aku.

"Hurm! Sorry j! Tapi.."

"Aihh! Ada jugak yang kena backhand dengan aku jap lagi ni" Ucap aku lantas bangun dan berjalan dekat depan pondok. Aku panjat pondok dan duduk bersila.

Puteri ikut aku dan duduk disebelah aku. Aku dengan puteri diam seribu bahasa.

“Macam mana kalau khairul mati” Tanya puteri tiba-tiba setelah sekian lama membisu.

Aku memandang puteri yang berada di sebelah kanan aku. Lantas aku mengesot ke tepi. Kaki aku lunjurkan

“Macam mana kau tahu yang khairul akan mati?” Tanya aku pulak.

“Kan aku cakap kalau j”

“Tiada istilah ‘Kalau’” Ucap aku tanpa memandang puteri.

Puteri menghelakan nafas panjang. Aku bersandar dekat dinding pondok dan mendonggakkan kepala ke atas.

“Kau menyesal cabar kitaorang?” Tanya puteri tiba-tiba.

Aku memandang puteri lantas tersenyum.

“Tak ada istilah menyesal dalam hidup aku. Walaupun aku tak expect berlaku benda-benda macam ini, tapi aku puas. Dan kau pun ada pengalaman yang kau tak pernah dapat. Kan?”

“Betul lah tu. Ini pengalaman pertama aku. Mungkin aku takkan lupa sampai bila-bila. Cuma aku tertanya-tanya dari dulu lagi. Kenapa eh frinkey cabar kau buat uji nyali sedangkan dia tahu kau ni boleh hadap dengan benda-benda macam ni?”

Aku mengangkat kedua belah bahu menandakan yang aku tak tahu apa tujuan frinkey.

“Entah.” Ucap aku sepatah.

Aku dengan puteri senyap.

“J” Panggil puteri tiba-tiba

Aku berpaling sekilas ke arah puteri.

“Yerp”

“Kenapa frinkey cabar kau?”

“Entah. Aku tak ada jawapan untuk itu. Apa kata kau yang tanya frinkey sendiri”

“Itu lah tu. Nanti aku try tanya frinkey. Eh j aku nak tanya. Kenapa kau dari team adha terus ke team abang ben?”

Aku tergelak dengan soalan yang keluar dari mulut puteri. Aku mengubah posisi duduk.

“Salah adha sendiri. Cari crew yang bukan-bukan. Salah satunya frinkey. Sebab tu aku blah dari team adha.”

Puteri memandang aku.

“Ke kau dengan adha ada yang tak kena?"

Aku terdiam.

"Kalau kau nak tahu j, Adha kecewa tau sampai sekarang. Dia pernah cakap dekat aku, ‘kalau lah j tu ada dalam team kita, mungkin team kita boleh pergi jauh’.

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now