BAB 17

1.1K 87 0
                                    

Masa aku tengah belek-belek telefon yang entah lah. Kehabisan batery atau rosak aku sendiri tak tahu. Yang aku tahu tak boleh on. Tengah aku belek-belek tu tiba-tiba aku rasa ada angin menyapa muka aku yang tengah menunduk kepala. Tak lama tu ada bau yang samgat busuk menusuk-nusuk hinggap dekat rongga hidung aku. Aku terus donggakkan kepala. Mencari-cari bau tersebut tapi tak lama tu bau tu hilang. Aku mengeluh perlahan lantas menyuluh jam dekat tangan.

“Bila lah nak siang tah! Aku dah nak terkencing ni.” Ucap aku sendirian.

Oleh disebabkan aku tak tahan nak terkencing, aku terus bangun dan melangkah diantara dua bilik tersebut. Salah satu bilik aku masuk. Tercari-cari tandas tapi tak ada. Aku terus keluar dari bilik itu dan masuk ke dalam bilik yang lain. Bilik airnya ada. Tapi airnya tak ada. Oh paroh!. Aku mengaru-garukan kepala yang tak gatal lantas keluar dari bilik itu dan menuju ke tempat duduk aku. Haa masa ini lah secara tiba-tiba bulu roma aku naik tegak setegaknya. Aku terus menyuluh sekeliling tapi tak ada apa-apa. Tiba-tiba..

Dum!!

Aku terus mendonggakkan kepala. Bunyi macam barang dihempas ke lantai. Tak lama tu bunyi derapan kasut yang tengah berlari. Aku memandang ke kiri. Torchlight yang aku baru padam, terus aku nyalakan balik. Sekali....

“Allahuakbar!!” Jerit aku lantas bangun berdiri. Aku capai kamera.

Masa aku tengah suluh tu aku perasan kepala dan rambut tengah mengintai aku disebalik dinding. Badannya aku tak nampak. Muka dia sangat menyeramkan. Tambah pulak kena cak macam tu, mau tak gugur jantung aku. Aih! Aku terus capai tripod dan bergegas turun ke tingkat satu. Tapi di tingkat satu aku tak melepak dah. Aku terus turun ke bawah sekali. Masa aku tengah berjalan nak ke kaki lima, aku terdengar derapan kasut lagi. Aku berhenti melangkah dan berpaling kebelakang. Niat masa tu nak menyuluh, tetapi boleh pulak bunyi derapan kaki tu kuat dan macam tengah berlari dan dekat. Kau ghase? Aku pun apa lagi cabut ler. Tapi masa ni aku tak boleh lari laju, sebab sakit masa kena seret tu pun tak hilang lagi. Aku cuma berlari-lari anak dan terus keluar dari bangunan tersebut.

Masa aku tengah jalan kaki nak ke kereta, kena lalu dekat salah satu semak dekat situ, baik masuk dan keluar, itu jalannya. Tengah berjalan tu tiba-tiba dekat satu sudut semak tu bergoyang. Benda yang pertama aku risau ialah babi. Yang lain aku tak kisah sangat. Aku terus suluh. Suluh punya suluh sekali benda yang aku jumpa kat dalam bangunan tu. Aku pun terus keluar dari situ. Aku menuju di bahagian rahsia yang aku letak kunci spare. 😆 dapat kunci aku terus meloloskan dalam kereta. Aku terus buka dashboard dan keluarkan telefon. Aku mendail nombor abang ben. Tapi tak dapat. Aku terus hantar mesej dekat abang ben. Masa aku tengah hantar mesej tu tiba-tiba kereta aku bergoyang. Aku pandang belakang. Tak ada apa-apa. Cuma gelap jadi aku berpaling nak pandang kat depan. Masa tengah berpaling tu mata aku boleh pulak terpandang cermin. Dan dalam cermin tu ada wajah hodoh yang aku nampak dekat dalam bangunan tu tadi. Terkejut beruk aku sekejap.

“Astaghfirullahalazim” Ucap aku lantas mengurut dada dan memandang luar kereta. Seketika kemudian aku pandang cermin semula.

“Kau dah kenapa? Nak ikut aku balik ke? Tak payah lah. Tempat kau dekat sini. Adoi hai! Keluar lah” Ucap aku marah.

Benda tu tetap duduk dekat belakang dan pandang aku melalui cermin. Aku terus cepat-cepat hidupkan kereta dan pasang surah. Tak lama tu.

“Huuuuuuu huuuuuu”

Aku pandang cermin selepas surah dimainkan dekat radio. Hilang! Sayup-sayup kedengaran suara tersebut. Tak lama tu hilang.

“Haaa! Itu makanan kau mat!” Ucap aku sakit hati. Aku dah lah tengah sakit hati. Dengan nak terkencing lagi. Pundi buat hal sungguh lah!

Tit tit tit

Aku memandang telefon. Abang ben balas mesej aku.

“Okay! Aku gerak sekarang”

Aku bersandar dekat kerusi untuk melepaskan lelah. Otak aku memikirkan kejadian tadi dan dalam masa yang sama aku terfikir untuk mengena puak-puak adha. Tapi dimana tempatnya?

KISAH BENAR "AKTIVITI PARANORMAL"Where stories live. Discover now