Raisha berlari masuk ke dalam Universiti Sheng de .. (ermm .. saya tak nak letak mana-mana nama U.)
Dia sangat teruja untuk menuntut di Universiti yang sama dengan Hadden yang sudah menjadi tunangannya buat 19 tahun sekarang.
Raisha menunggu Hadden di hadapan pagar.
"Yo! Raisha!" Sapa Darren gembira melihat kakak Iparnya.
"Hahhhh!" Raisha berpusing menghadap Darren .. dia hanya melihat Darren. Hadden tiada bersama Darren.
"Hadden mana?" Soal Raisha sedikit kecewa.
"Kau pindah kat sini cuma nak sama-sama dengan dia ke?" Soal Darren lalu senyum nakal.
Darren suka mengusik Raisha yang cepat blushing apabila dia bercakap tentang Hadden.
Raisha menundukkan mukanya.
"Tak lah! Saya cuma nak belajar kat sini!" Nafi Raisha malu. Mukanya mula merah.
"Hmmmm .. macam tu." Suara Hadden kedengaran.
Raisha mendongak gembira.
"Pakai ni." Hadden menghulurkan tudung kepada Raisha.
Darren sudah senyum jahat.
"Ehh? Tapi .." Raisha diam melihat renungan tajam Hadden.
Raisha lebih suka free hair tapi Hadden tidak suka melihat Raisha yang sangat terbuka seperti itu.
"Jangan banyak tapi .. kalau tak pakai ni saya tak akan tengok awak lagi." Kata Hadden.
Raisha segera mengambil tudung itu lalu melilitkan tudung pada kepalanya.
"Lepas ni pakai dari rumah." Kata Darren meniru suara Hadden.
"Ish!" Raisha menjeling Darren.
"Hoi .. masuklah. Jangan berdiri di depan pagar." Kata Pengawal keselamatan tegas.
Hadden terus berjalan meninggalkan Raisha.
Mereka masuk ke kelas.
Raisha turut mengambil jurusan yang sama iaitu jurusan kedoktoran.
Raisha duduk di sebelah Hadden.
Mahasiswa dalam kelas itu mula berbisik-bisik sambil memandang Raisha yang duduk bersama kembar itu.
Hadden dan Darren terkenal di Universiti itu kerana selalu mendapat markah tertinggi dan tidak pernah ponteng kelas. Mereka juga diminati oleh ramai gadis di U itu.
"Oi .. Raisha. Kau tak malu ke duduk dengan kami? Nanti tak ada orang nak kawan kau macam mana." Kata Darren.
"Hah? Ye ke?" Soal Raisha terkejut.
Hadden dan Darren mengangguk.
"Tapi saya nak duduk sebelah Hadden." Gumam Raisha tapi masih difahami oleh mereka.
"Kau duduk kat meja depan ni. Nanti ada Saffiyah teman kau." Kata Darren.
Raisha bangun lalu duduk di tempat yang Darren suruh.
Seketika kemudian seorang gadis bertudung masuk ke dalam kelas.
Gadis itu terus berjalan menghampiri meja Raisha.
Raisha memandang Gadis itu. Mereka saling berpandangan.
"Hai." Tegur Raisha kekok.
"Assalamualaikum." Sapa gadis itu.
Raisha senyum malu.
"Waalaikumussalam." Balas Raisha.
Gadis itu pun duduk.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine (COMPLETED)
Teen Fictionwatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...