"argghh!!! Rizky!"
"Bodoh ke dia tu?"
Mereka semua melihat ke bawah.
Rizky mendarat dengan selamat di atas sofa yang berada di bawah.
"Hahhh! Gila lah dia tu!"
"Kepala dia ada masalah ke?"
Abang-abang Ameera menarik nafas lega.
"Kenapa abang biarkan dia pergi?!" Soal Ameera.
Rizky membutang semula baju kemejanya. Dia bertembung dengan Ammar di luar rumah.
Raut wajah Ammar kelihatan tidak nyaman melihat pakaian Rizky.
"Kau dah ..."
"Kau pun termasuk dalam rancangan kotor Ameera ke?" Soal Rizky.
"Huh?" Soal Ammar.
"Tch." Rizky terus berjalan masuk ke dalam keretanya.
"Fuck all of this." Gumam Rizky lalu memandu keretanya keluar dari situ.
Amran dan Amirul keluar dari rumah.
"Ammar? Kenapa aku ada kat sini?" Soal Amran dengan nada takut.
"Apa yang korang buat?" Soal Ammar dengan nada mendatar.
"Itu .. kami tak buat .. tak ada. Yang apa-apa." Amran tergagap-gagap bercakap.
"Benda bodoh apa lagi yang korang buat?! Kenapa baju Rizky macam tu tadi?!!" Ammar menjerit kerana terlalu marah.
"Bagitahu aku apa yang korang buat!" Ammar merenung mata Amran tajam.
Amran pun menceritakan semuanya kepada Ammar.
Ammar masuk ke dalam bilik Ameera.
"Kau dah kenapa nak buat macam tu?!!" Ammar terus menengking Ameera.
Ameera yang sudah memakai pakaian duduk di birai katil sambil menundukkan kepalanya.
"Meera cuma nak kan Rizky." Ujar Ameera perlahan.
"Kau ingat ada ke lelaki nak kan perempuan macam ni?! Kau tak ada maruah ke?! Nak jual diri macam tu je!" Ammar keluar dari bilik itu. Dia memandang adik-beradiknya satu-persatu.
Mereka semua menundukkan kepala.
Ammar pun pergi dari rumah itu.
___
Rizky menyergah masuk ke dalam rumah Darren. Dah macam rumah sendiri dah.
"Darren!! Tolong aku!" Laung Rizky .. dia terus ke ruang tamu.
Darren dan Ain yang sedang duduk di sofa itu memandang Rizky.
"Macam mana kau boleh masuk rumah aku? Apa sekuriti aku buat?" Soal Darren.
"Aku nak kena rape tadi." Rizky duduk di sofa Darren.
"Saya buatkan air." Ain berdiri lalu pergi ke dapur.
"Hah .. jadi siapa yang nak merog*l kau pula ni? Pelik." Kata Darren tidak percaya.
"Tengku Ameera yang aku cerita tu. Apa aku nak buat?" Soal Rizky.
"Mana lah aku tahu .. bukannya aku pernah kena rogol. Asal? Kau dah hilang teruna ke? HeHeHe." Darren ketawa kerana lucu dengan percakapan sendiri.
"Tak bukan tu! Aku kena bertanggungjawab juga ke? Kitorang tak buat apa-apa lagi." Kata Rizky.
Darren merenung Rizky lama .. dia melihat pakaian Rizky yang banyak kedutan.
"First of all .. kenapa kau tak nak kahwin?" Soal Darren.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine (COMPLETED)
Ficção Adolescentewatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...