SM 16

6.4K 370 7
                                    

Sorry .. Author sibuk kebelakangan ni. Jadi nak cepat siapkan semua story kat Wattpad ni.

Author buat time skip ..

___



Dua tahun Berlalu ...

Hubungan Raisha dan Hadden semakin membaik apalagi selepas mereka berdua graduasi dari Universiti.

Rizky pula sibuk dengan Syarikat yang diberi oleh keluarganya. Dia langsung tidak ada masa untuk lepak seperti dulu-dulu.

Saffiyah sudah menjadi pekerja di sebuah hospital swasta. Dia masih lagi rapat dan semakin rapat dengan Aiman yang sudah mengejarnya sejak zaman universiti lagi.

Dan mereka langsung tidak mendapat apa-apa berita mengenai Darren yang berada di Negara orang.

Raisha menunggu Hadden menjemputnya di Hospital Rakyat II. (Nama hospital ni Author buat² je tau.)

Raisha sudah berjaya menjadi seorang Doktor bedah tapi masih belum pernah melakukan pembedahan sendiri .. dia masih praktikal di Hospital tersebut.

Namun semua rakan dan orang pangkat tinggi darinya menyukai Raisha kerana Raisha memiliki Sikap yang baik dan Rajin.

"Dr. Nur tunggu suami ke?" Soal Dr. Wani rakan sekerja Raisha.

Wani suka menyakat Raisha tentang Hadden yang menjadi suami handsome dan perfect. Semua doktor dan nurse perempuan di situ mengenali Hadden. Hal itu sering membuat Raisha cemburu dan jarang menyuruh Hadden mengambilnya.

Raisha mengangguk sambil senyum tersipu.

"Wahh .. dapat tengok suami handsome Dr. Nur lagi hari ni." Sakat Dr. Hanna pula.

Mereka tertawa.

Tidak lama kemudian sebuah BMW X6 berwarna merah tiba di hadapan Raisha dan doktor-doktor lain.

"Hah! Pakwe siapa pula ni?" Soal Dr. Wani sengaja menyakat.

"Pakwe Dr. Hanna kot!" Sakat Raisha pula.

Mereka memerhatikan orang yang keluar dari kereta yang tidak dikenali itu.

Seorang lelaki keluar.

Raisha kaku melihatnya.

"Suami handsome Dr. Nur lah! Kereta baru ke?" Soal Dr. Wani sambil menyiku lengan Raisha.

Raisha masih kaku terpaku melihatnya.

Lelaki itu membuka pintu penumpang disebelah pemandu.

Seorang gadis bertudung labuh keluar.

Jantung Raisha berdegup kencang.

"Eh?" Wani dan Hanna saling berpandangan kerana melihat lelaki yang dikira suami Raisha itu membawa seorang gadis bersamanya.

"Dr. Nur?" Wani dan Hanna memandang Raisha lama.

Raisha tersenyum teruja.

"Bila Darren balik?!" Soal Raisha teruja.

"Ehh?!" Wani dan Hanna lebih terkejut.

Darren senyum memandang Raisha yang sudah menjadi kawan baik dia dan Hadden sejak tadika lagi.

"Baru je tadi .. pastu ingat Hadden ada cakap yang Raisha dah jadi Doktor, alang-alang dah sampai datang je lah nak jemput kau." Kata Darren.

Wani dan Hanna menyentuh bahu Raisha.

"Kitorang balik dulu ye." Kata Wani sambil menunjuk ke arah kereta yang selalu mereka naik datang dan pulang kerja.

She's Mine (COMPLETED)Where stories live. Discover now