SM 50 last

15K 461 41
                                        

Raisha berjalan-jalan di sekeliling pantai pada awal pagi untuk melihat matahari terbit. Tudungnya menjadi senget disebabkan angin yang kuat.

Hanya ada sedikit orang di resort itu. Kerana harga yang mahal. Hadden and the gang kan kaya mestilah pilih yang mahal.

"Raisha!" Namanya dipanggil. Dia menoleh ke arah sang empunya suara.

"Ye?" Balasnya lembut lalu menghadiahkan senyuman manis selepas melihat Si empunya suara.

Hadden berjalan menghampiri Raisha .. dia melilitkan selendang di leher hingga ke bahu Raisha.

"Kenapa keluar awal pagi begini? Sejuk." Hadden memusingkan badan Raisha menghadap lautan lalu memeluk pinggang Raisha.

"Stay. Kita tengok sama-sama." Kata Hadden. Mereka saling berkongsi kehangatan badan.

Ain memerhatikan mereka berdua dari beranda resort itu.

"Sayang kenapa tak tunggu?" Darren menguap lalu meletakkan dagunya di bahu Ain.

Ain mengusap pipi Darren.

"Awak tak nak bangun kan tadi." Ain menarik tangan Darren untuk memeluknya.

Darren memeluk pinggang Ain erat.

"Oh .. dua orang tu tak kesejukkan ke kat situ?" Ain melihat mata Darren lalu memandang ke arah pandangan Darren.

Saffiyah dan Aiman duduk di satu kerusi pantas bersama dan berkongsi selimut.

"Sejuk lagi?" Soal Aiman risau.

"Tak .. dah hangat ni." Saffiyah bersandar di dada Aiman.

Saffiyah melihat rambut Aiman yang semakin panjang.

"Tak nak gunting rambut ke? Dah panjang tu." Saffiyah mengeluarkan tangannya dari dalam selimut lalu mengusap rambut Aiman.

"Biarkan je lah dulu." Aiman menggoyangkan kepalanya.

Saffiyah sengih ..

"Boleh guna untuk jadi pemegang." Bisik Saffiyah lalu senyum nakal.

Aiman mengerutkan dahinya.

"Kotornya mulut tu." Aiman menggeletek Saffiyah.

"Saya tak cakap benda kotor pun .. awak fikir apa?" Soal Saffiyah mengenakan Aiman.

"Arckk! Geli lah! HAHAHAHA! Aiman! Aiman! Geli ..."

"Hah! Main-main lagi."

"Ahahahahahhahah! Berhenti Aiman! Sayang! Baby! Buah hati ku! Daddy!" Jerit Saffiyah.

Aiman berhenti menggeletek Saffiyah. Mukanya merah mendengar panggilan Daddy daripada Saffiyah.

"Apa diorang buat tu?" Soal Rizky melihat dua orang gila sedang bergelak tawa di pagi buta.

Ameera meletakkan kopi di atas meja. Mereka berdua duduk di meja di luar cafe untuk melihat matahari terbit.

Ameera menaikkan selendangnya yang jatuh ke lengan .. dia memandang Aiman dan Saffiyah yang lagi ketawa bersama.

'Sweetnya ..' getus hatinya sedikit cemburu melihat kemesraan mereka.

"Meera sini. Saya pun nak peluk." Kata Rizky sambil menepuk pehanya.

Ameera senyum lebar lalu segera duduk di riba Rizky.

"Beratnya isteri saya." Usik Rizky. Ameera yang merasa kecil hati ingin berdiri.

"Gurau je lah." Rizky ketawa kecil lalu memeluk pinggang Ameera.

Ameera merasa gembira membuat Rizky ketawa.

She's Mine (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang