Adrian membawa doktor untuk memeriksa kondisi Hadden.
Hadden masih belum sedar selepas 5 jam pengsan.
Raisha duduk di sebelah Hadden sambil menggenggam tangan Hadden.
"Raisha .. rehatlah. Papa akan berada di sini sampai Hadden sihat." Kata Adrian perlahan.
Raisha mengangguk.
Adrian terus keluar dari bilik itu.
Raisha naik ke atas katil lalu berbaring di sebelah Hadden.
Dia terlelap selepas lama berbaring.
Hadden terjaga dari tidurnya. Sebelah badannya terasa hangat dan berat.
Dia menoleh melihat Raisha yang tidur memeluknya.
"Ughhh." Hadden mengurut kepalanya yang terasa sedikit sakit.
Hadden menarik selimut untuk menyelimuti badan Raisha.
"Ermmm ..." Raisha merengek kerana tidurnya diganggu.
Hadden senyum melihat dahi Raisha yang berkerut-kerut.
Mata Raisha tiba-tiba terbuka besar memandang Hadden.
"Allah!" Hadden melatah terkejut melihat mata Raisha yang besar.
Raisha terus duduk sambil merenung Hadden.
"Mengigau ke?" Soal Hadden lembut.
Raisha naik ke atas Hadden lalu memeluk leher Hadden.
"Awak dah bangun." Kata Raisha dengan nada sebak.
Hadden bersandar di kepala katil lalu memeluk pinggang Raisha.
Mereka langsung tidak bercakap .. hanya bunyi aircond saja yang kedengaran.
"Raisha? Awak tidur ke?" Soal Hadden lalu menepuk punggung Raisha perlahan.
"Sakit lagi?" Soal Raisha perlahan.
"Tak. Saya dah baik ni." Kata Hadden dengan nada semangat.
"Awak tau tak betapa risau saya nampak awak macam tu?" Soal Raisha sambil bersandar di bahu Hadden.
"Tak ..." Balas Hadden.
"Jantung saya macam nak meletup je .. fikiran saya pun tak kena. Kenapa awak boleh jadi macam tu, apa sebab dia, nak panggil siapa, saya doktor tapi tak boleh tolong awak sedikit pun." Ujar Raisha.
"Saya dah tak apa-apa sekarang ni. Tidurlah .. mesti awak penat. Tak elok untuk baby kita." Hadden mengucup pipi Raisha.
"Ayang lah tu yang salah. Hari ni baby dah mula masuk kerja balik. Tak apa kan kalau baby tinggalkan Ayang?" Soal Raisha risau.
"Mestilah .. baby ingat ayang ni budak-."
Raisha mencubit perut Hadden.
"Aahhhhh! Aduhh aduhh .. sakit." Hadden memegang tangan Raisha.
"Tak kesah lah ayang dah tua ke tak .. ayang tu sakit." Kata Raisha lalu duduk di sebelah Hadden kemudian bersandar di bahu Hadden.
"Hmmm .. ye. Sorry." Hadden mengusap perutnya yang masih terasa sakit.
"Dah tidur lagi." Raisha menarik selimut menutupi badan Hadden.
Hadden berbaring.
"Rehat banyak-banyak." Raisha berbaring menghadap Hadden.
Hadden turut berbaring mengiring menghadap Raisha.
Mereka saling berpandangan.
"Get well soon." Ujar Raisha lalu menutup matanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine (COMPLETED)
Teen Fictionwatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...