Seminggu berlalu..
Ain keluar dari keretanya .. dia berjalan menuju ke pintu masuk syarikat Darren.
Tangannya ditarik kasar .. dia terus terpusing.
"Ceraikan Darren?" Kata Saffiyah sambil mencengkam lengan Ain.
Ain terkejut mendengar kata-kata Saffiyah.
"Apa yang kau merepek ni?! Kenapa pula aku kena ikut cakap kau?!" Kata Ain lalu menarik tangannya kasar.
Saffiyah berdecit.
"Kau tu perempuan murah tak layak jadi isteri Darren! Muka dah lah tak cantik mana!" Herdik Saffiyah.
"Habis tu? Kau ke sini nak body shaming aku ke?" Soal Ain sinis.
Saffiyah semakin marah.
"Aku yang sepatutnya kahwin dengan Darren kau tau tak! Tapi boleh pula kau goda dia kat Eropah dulu!" Kata Saffiyah tanpa rasa malu.
"Yeke .. aku tak tahu pula yang Darren tu dah sewajibnya kahwin dengan kau." Ain bercakap dengan nada sinis .. tak mungkinlah dia mahu menjadi wanita lemah yang akan ditindas di dalam novel.
"Hah?!"
"Lagipun .. Cik Saffiyah yang tak nak terima dia dulu kan? Anyways .. Cik Saffiyah dah ada boyfriend baru. Kenapa masih tergedik-gedik nak dekat suami orang?" Kata Ain sambil memandang Saffiyah dengan pandangan jijik.
"Aku ..."
"Atau .. Cik Saffiyah ni memang perempuan macam tu? Perosak rumah tangga .. orang ketiga dalam hubungan rumah tangga orang. Buat malu kaum hawa je." Kata Ain sinis.
Saffiyah kelu.
"Aku tak macam tu lah!! Kau yang rampas Darren dulu kan!!" Saffiyah menolak Ain kuat .. Ain terjatuh.
Perutnya tiba-tiba terasa sakit yang teramat.
"Puan Ain!!" Pekerja kaunter itu datang untuk membantu Ain.
Saffiyah terkejut melihat Ain yang kesakitan itu.
"Kau mengandung ke?" Soal Saffiyah cemas.
Ain kaku .. dia baru terfikir tentang itu.
"Kalau ada apa-apa terjadi .. aku akan pastikan hidup kau musnah sepenuhnya." Ugut Ain lalu berdiri dengan bantuan pekerja kaunter itu.
Saffiyah terus beredar dari situ.
"Puan boleh berdiri ke ni?" Soal pekerja Kaunter.
Ain menggeleng .. air matanya terasa mahu keluar. Hatinya terasa sangat resah memikirkan kalau dia mengandung dan kandungannya gugur.
"Ain?" Adrian hairan melihat Ain yang dipapah oleh pekerjanya itu.
"Pa .. papa ..." Ain pengsan.
"Bawa dia masuk ke kereta aku." Arah Adrian lalu membuka kunci keretanya .. dia menghubungi Darren.
Mereka segera bergerak ke hospital.
Darren turut ke hospital setelah mereka.
Pekerja kaunter itu menunggu bersama dengan Darren dan Adrian di luar bilik pemeriksaan.
"Apa yang berlaku?" Soal Darren dingin.
"Masa saya sampai tadi Puan Ain sedang bercakap dengan Cik Saffiyah ... Lepas tu cik Saffiyah tiba-tiba tolak Puan." Kata Pekerja kaunter.
Darren menggenggam penumbuk marah kepada Saffiyah.
Seorang doktor keluar dari bilik pemeriksaan itu dengan senyuman.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine (COMPLETED)
Teen Fictionwatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...