Darren datang ke Universiti itu awal pagi sebelum semua orang tiba.
"Awal datang Encik Darren." Tegur Pak cik pengawal itu.
Darren sengih saja.
"Ada apa-apa tertinggal kat sini ke?" Soal Pak Cik pengawal lagi.
"Tak ada lah .. saja datang awal nak cari bahan di library." Kata Darren lalu mengangkat failnya.
"Oh .. tadi pun dah ada orang pergi sana jadi saya sudah bukakan pintunya." Kata Pengawal itu.
Darren mengangkat keningnya. Jarang ada orang yang datang belajar awal-awal pagi macam tu.
Pak cik itu berjalan menuju ke pondok pengawal.
"Pak Cik" panggil Darren.
"Ya?" Pak cik menoleh.
"Nanti kalau Rizky sampai whatsapp aku ye." Ujar Darren sambil mengangkat telefonnya.
"Hah Ok Ok." Balas Pak Cik lalu berjalan kembali ke pondok pengawal.
Darren berjalan menuju ke Library.
Pintu library yang tertutup rapat itu dia buka.
Semua lampu sudah terpasang.
"Ada orang ke ni?" Soal Darren lalu masuk dan menutup pintu.
Darren berjalan menuju ke rak buku paling hujung.
PAKKKK ..
Darren berhenti berjalan.
'terkejut aku.' getus hatinya sambil mengusap dada..
Darren memandang sekeliling .. sunyi saja.
"Bodoh ada hantu ke?" Bisiknya gementar.
"Uh .. assalammualaikum Da ..."
"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!" Darren menjerit nyaring lalu membaling fail ke arah orang yang menegurnya.
"Ehh .. ehemm." Darren membetulkan pakaiannya.
"Awak ni dah kenapa?!" Suara Marah Saffiyah kedengaran.
Darren memandang orang yang dia baling tadi.
Saffiyah memandangnya tajam.
"Eh .. maaf." Kata Darren malu.
Darren mengutip failnya lalu berjalan menuju ke rak buku paling hujung itu.
Saffiyah hairan .. Darren selalunya tidak akan berhenti mengganggunya tapi kali ini dia hanya di abaikan.
Saffiyah berjalan mengekori Darren.
"Kenapa kau ikut aku?" Soal Darren melihat Saffiyah acah-acah mencari buku di sebelahnya.
"Mana ada saya ikut awak." Kata Saffiyah menafikan.
"Saya cuma nak ambil buku kat sini lah." Kata Saffiyah lalu mengambil sebuah buku.
"Ah .. buku tu. Aku nak." Kata Darren melihat buku yang dipegang Saffiyah.
Saffiyah melihat buku itu.
"Tapi saya pun nak yang ni." Kata Saffiyah.
"Oh .. nanti kalau kau dah siap guna bagi aku guna pula." Kata Darren serius.
"Eh ..ok." balas Saffiyah kekok.
Darren berjalan menuju ke meja.
Saffiyah memandang Darren yang sudah duduk itu.
"Kenapa dengan dia tu? Kekok je." Ujarnya bingung.
Darren segera keluar dari library selepas selesai dengan kerjanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine (COMPLETED)
Novela Juvenilwatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...