Raisha menceritakan semuanya yang terjadi kepadanya pagi tadi kepada Arissa dan Adrian.
Adrian diam berfikir. Tak sangka Hadden juga mempunyai penyakit sepertinya.
"Raisha Papa nak kamu terus jaga Hadden .. jangan buat apa-apa yang sakitkan hati dia atau buat dia marah lagi." Kata Adrian serius.
Raisha berasa gementar dan takut.
Adrian memerhatikan Raisha yang meramas-ramas tangannya.
"Kamu takut ke?" Soal Adrian .. matanya merenung tajam ke arah Raisha.
Raisha memandang mata Adrian lalu mengangguk perlahan.
"He's your husband .. you should not be scared of him. Sekarang personaliti dia masih lagi belum berubah banyak , kamu harus cegah banyak personaliti dia lagi." Kata Adrian.
"Apa yang terjadi pada Hadden sebenarnya?" Soal Raisha risau.
Raisha fokus kepada Adrian.
"Dissociative Identity Disorder (DID) .. sekarang ni dah ada dua Hadden yang berbeza fikiran." Kata Adrian serius.
Raisha diam terkedu mendengar penyakit yang masih tidak ada ubat itu.
"Hadden tak akan apa-apa ke?" Soal Raisha perlahan.
"Kita akan bincang perkara ini nanti .. Papa ada meeting dengan pemegang saham." Kata Adrian lalu berdiri.
Raisha diam tidak berkutik.
"Raisha." Panggil Adrian dengan suara tegas.
"Ye Papa?" Soal Raisha lantas memandang Adrian.
"Cari tahu sebab Hadden bertukar personaliti." Arah Adrian tegas.
Raisha berdiri lalu mengangguk perlahan.
"Sayang .. Abang jalan dulu. Raisha! Jangan takut pada Hadden. Itu akan buat dia rasa terancam lagi." Pesan Adrian.
Arissa menyalam tangan Adrian.
Adrian segera meninggalkan rumah itu untuk ke tempat kerjanya.
Arissa masuk ke dalam rumah semula selepas menghantar Adrian keluar tadi.
Dia melihat Raisha duduk termenung di sofa.
"Raisha ..." Panggil Arissa lembut.
Raisha tidak mendengar.
Arissa duduk di hadapan Raisha.
"Raisha!" Panggil Arissa dengan suara lebih kuat.
"Ye Mama!!" Jerit Raisha terkejut.
"Astaghfirullahalazim!" Jerit Arissa terkejut .. Arissa mengusap dadanya kerana terkejut.
"Maaf mama! Raisha tak sengaja." Ujar Raisha dengan nada sayu.
"Raisha! Pulang ke rumah kamu sekarang! Hadden mesti risau kamu tak call dia hari ni." Halau Arissa.
Raisha memuncungkan mulutnya merajuk dihalau oleh mak mertua.
"Yelah .. sampai hati mama halau Raisha." Kata Raisha lalu berdiri.
"Ingat pesan papa tadi .. jangan takut pada Hadden. Kalau lebih-lebih nanti takut dia akan pukul kamu." Kata Arissa.
"Papa pun macam Hadden ke?" Soal Raisha.
Arissa senyum lalu mengangguk perlahan.
"Jadi papa masih lagi tukar-tukar personaliti?" Soal Raisha lagi.
"Ye .. Tapi kebelakangan ni dah jarang. Benda tu terjadi sebab dia trauma atau takut sesuatu terjadi pada orang yang dia sayang. Itu dari pandangan mama lah." Kata Arissa lembut.
YOU ARE READING
She's Mine (COMPLETED)
Novela Juvenilwatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...