SM 33

6K 382 3
                                    

Ain meletakkan kain basah di atas dahi Darren yang demam selepas kejadian kelmarin.

Darren membuka matanya .. Ain sedang duduk membaca Al-Quran di sebelahnya.

"Maafkan saya." Ujar Darren. Hatinya berasa sangat bersalah kepada Ain.

Ain memandang Darren lalu senyum.

"Rehatlah." Kata Ain lembut.

Darren diam ..

"Awak nak beli apa-apa tak?" Soal Darren lalu memegang tangan Ain.

Ain mengerutkan dahinya memandang tangan Darren.

"Saya dah ambil air wuduk tadi! Kan dah batal awak sentuh saya." Ain memandang Darren geram.

"Eh?" Darren berasa lucu melihat muka Ain yang bulat.

"Hahahahahahaha .. Maaf maaf." Darren ketawa kelucuan.

"Tak lucu pun tau tak .. awak nak saya pukul ke? Geramnya." Ain mengusap dadanya supaya bersabar.

Darren duduk lalu memeluk Ain sambil tertawa. Kepala Ain dikucup dengan kasih.

"Nak solat sama-sama?" Soal Darren.

"Hmmm." Balas Ain masih marah.

"Dah .. tak comel pun muka cemberut macam tu." Kata Darren lalu mencubit pipi Ain.

"Cepatlah ambil wuduk. Nanti terlepas waktu." Kata Ain lalu berdiri.

Darren menghulurkan tangannya minta ditarik.

"Pemalas betul. Awak tu dah nak jadi ayah tahu tak. Perangai masih tak ubah-ubah. Macam mana awak nak ajar anak awak nanti? Haihh..." Bebel Ain.

Darren melihat mulut kecil Ain yang banyak bercakap itu.

Cupp ..

Membulat mata Ain terkejut dicium oleh Darren.

"Ap .. apa yang awak buat ni?!" Ain menolak Darren. Darren terundur sedikit.

"Kenapa awak makin banyak bebel eh?" Soal Darren sambil merenung bibir kecil Ain.

Ain mengkemam bibirnya. Mukanya mula memerah.

Darren menolak Ain ke dinding .. dia merapatkan jarak diantara mereka.

Ain semakin berdebar.

Darren menunduk sedikit lalu mendekatkan bibir mereka.

'dia nak cium aku ke?' getus hati Ain gementar.

Ain menutup mata.

Darren sengih.

"Jom ambil wuduk sayang." Bisik Darren lalu mengucup dahi Ain. Dia terus melarikan diri masuk ke dalam kamar mandi.

Ain kelu .. dia membuka matanya selepas mendengar bunyi pintu ditutup.

Dia duduk di lantai bersandar di dinding.

Hatinya terasa sakit ..

'kenapa aku cengeng betul ni?' getus hatinya. Air matanya mengalir.

"Sampai hati dia buat saya macam tu." Ain mengelap air matanya.

"Sakit betullah hati ni. Ish!! Darren bodoh!!" Jerit Ain sambil menangis di tepi pintu kamar mandi.

Darren keluar dia terkejut melihat Ain menangis teresak-esak.

'apa aku dah buat sebenarnya? Kenapa dia sensitif betul?' getus hati Darren.

Darren menghampiri Ain lalu melutut di hadapan Ain yang sedang duduk memeluk lutut.

"Hey .. kenapa nangis pula ni?" Soal Darren lalu mengusap pipi Ain.

She's Mine (COMPLETED)Where stories live. Discover now