SM 36

6.3K 366 10
                                        

Raisha dan Hadden melihat Rizky yang bertemu janji dengan Olivia sahabat Raisha.

"Baby rasa ini akan menjadi ke?" Soal Hadden lembut.

Raisha memandang Hadden dengan pandangan terkejut. Sudah lama Hadden tak bercakap selembut itu padanya.

'Rindu!'

"Baby? Kenapa?" Soal Hadden kerana Raisha tidak menjawab soalannya.

"Mestilah! Lagipun Rizky tu handsome juga." Kata Raisha lalu memandang Rizky dan Olivia.

Hadden merenung Raisha.

Raisha menoleh memandang Hadden semula apabila dia merasa dirinya sedang diperhatikan.

"Kenapa pandang baby macam nak tembus gitu?" Soal Raisha berasa janggal.

"Rizky handsome?" Soal Hadden dengan nada cemburu.

"Haahh .." Raisha menghela nafasnya lalu senyum.

"Ayang cemburu ke?" Soal Raisha ingin menyakat Hadden.

"Yes I am." Balas Hadden serius.

Raisha kaku.

"Eh? Ayang cemburu?" Soal Raisha terkejut.

Hadden memandang tempat lain.

Raisha sengih.

"Tapi Ayang nombor satu handsome kat hati baby."  Kata Raisha.

Hadden memandang Raisha.

"Darren?" Soal Hadden.

Raisha baru teringat yang Hadden ada kembar.

"Tak ...?" Balas Raisha perlahan.

"Dahlah .. nak balik." Kata Hadden lalu berdiri dan berjalan menuju ke pintu.

"Hadden .. tunggu baby." Raisha mengejar Hadden.

Hadden menunggu Raisha di luar restoran.

Raisha senyum melihat Hadden berdiri dengan sebelah tangan di dalam poket hoodie yang dia pakai.

Raisha berjalan menghampiri Hadden lalu memegang tangan Hadden.

Hadden memandang Raisha lalu menggenggam tangan Raisha erat.

Mereka pun pulang ke rumah.

'ahh .. diorang ada kat sini rupanya.' getus hati Rizky selepas melihat Hadden dan Raisha di luar restoran.

"So .. Olivia kerja apa?" Soal Rizky.

Olivia senyum.

"Saya kerja sebagai arkitek." Jawab Olivia.

Rizky mengangguk.

"Encik Rizky kerja apa?" Soal Olivia pula.

"Saya kerja kat company sebagai secretary." Kata Rizky menipu.

"Oh."

Mereka mula berbual dengan lebih dalam lagi tentang diri masing-masing.

 

Rizky duduk longlai di sofa di ruang tamu rumah Hadden dan Raisha.

"Macam mana dengan Olivia?" Soal Raisha.

"Aku tak boleh masuk dengan dia pun. Aku tak faham satu pun apa yang dia cakap. Dia cakap dia tak suka lelaki kaya."

"Jadi dia nak dia yang cari makan ke bukan laki dia?! Nonsense!" Kata Rizky pening.

Crashh!!

Rizky dan Raisha menoleh ke arah dapur di mana bunyi itu kedengaran.

"Apa tu?" Soal Rizky.

She's Mine (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang