Saffiyah berjalan-jalan berpegangan tangan dengan Aiman di Mall.
"Sayang nak beli apa-apa tak? I belanja." Kata Aiman sambil melihat kedai-kedai di sekeliling.
Saffiyah diam .. dia sedang berfikir tentang sesuatu. Aiman memandang Saffiyah yang tidak membalas soalannya.
"Sayang?" Aiman menepuk bahu Saffiyah.
Saffiyah terus memandang Aiman sambil tersenyum.
"Hah? Apa tadi. Sorry I termenung." Kata Saffiyah lalu memeluk lengan Aiman.
Aiman mengerutkan keningnya .. dia rasa tidak sedap hati melihat Saffiyah seperti itu.
"Sayang fikir apa?" Soal Aiman dengan nada lembut sekali.
"Tak ada apa lah .. sayang cuma terfikir dengan Ayah kat kampung. Dah lama tak call sayang." Kata Saffiyah.
Aiman merenung Saffiyah.
'kalau dia tipu macam mana? Dia dah jumpa lelaki lain ke? Atau dia dah jumpa Darren dan Rizky? Tak boleh jadi ni.' getus hati Aiman gelisah.
"Baby? Baby fikir apa? Kenapa pandang sayang macam tu?" Soal Saffiyah malu dipandang lama oleh Aiman.
Aiman memandang anak mata Saffiyah lalu senyum.
"Nak balik ke? Sayang tak sihat kan?" Soal Aiman lalu menyentuh dahi Saffiyah dengan belakang tapak tangannya.
"Oh .. tak apa ke?" Soal Saffiyah rasa bersalah.
"Hmm .. I hantar pulang ye." Kata Aiman.
Saffiyah mengangguk.
Aiman berjalan dihadapan Saffiyah .. riak wajahnya berubah bengis.
___
"Saya dah kata kan!! Jangan bagi Rael masuk ke dapur!! Tengok apa dia buat!" Bebel Ain sambil mengemas pinggan dan barang-barang yang jatuh.
Darren berdiri di hadapan pintu dapur sambil mendukung Rael si kucing putih mereka.
"Kan daddy dah pesan .. jangan masuk dapur. Tengok mummy dah bebel. Sakit telinga nak dengar." Bisik Darren kepada Rael.
"Apa?!" Soal Ain geram.
"Tak! Tak ada apa." Darren menggeleng kepala.
"Dahlah .. awak naik atas je lah." Kata Ain perlahan .. dia menghela nafas.
"Maaf lah .. Rael pun minta maaf. Kan Rael kan." Darren mengangkat tangan Rael lalu melambaikan ke arah Ain.
'comelnya! Macam mana nak marah macam ni?!" Getus hati Ain melihat kecomelan Darren dengan Rael.
"Hmmm .." balas Ain lalu sambung mengemas barang-barang yang jatuh oleh Rael.
"Rael .. balik ke bilik kamu." Arah Darren seperti kucing itu dapat memahaminya.
Darren menurunkan Rael ke lantai. Rael berlari keluar dari dapur.
Darren menghampiri Ain yang membelakangi dia perlahan-lahan.
"Arghhh!!" Ain menjerit kecil kerana terkejut.
Darren mengangkat tubuh Ain.
"Ap apa yang awak buat ni?!" Soal Ain terkejut.
Darren meletakkan Ain di atas meja lalu merapatkan jarak mereka. Tangannya melingkari pinggan Ain erat.
"Darren ... Sa .. sa .. saya nak kemas ni." Kata Ain sambil memandang lantai.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine (COMPLETED)
Teen Fictionwatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...