SM 41

5.4K 333 2
                                    

Raisha duduk di sofa dalam bilik mereka sambil melihat telefonnya.

Dia melihat gambar-gambar otot lelaki yang lalu di Instagramnya lalu dia melihat yang selanjutnya sampailah di Google.

Raisha membandingkan otot lelaki dalam gambar itu dengan Hadden.

"Hmmmm." Raisha menongkat dagu memandang Hadden.

Hadden memandang Raisha sekilas kerana merasakan dirinya sedang diperhatikan.

Raisha berlari anak menuju ke arah Hadden. Dia meletakkan telefon di atas katil lalu mengambil laptop Hadden kemudian diletakkan di atas katil juga.

Hadden hanya diam membiarkan Raisha lakukan apa yang dia mau.

"Buka baju jap." Kata Raisha dengan kening yang berkerut.

Hadden membuka bajunya tanpa banyak soal.

"Hmmmm ..." Raisha menyentuh otot abdomen Hadden yang semakin menghilang.

"Kenapa?" Soal Hadden lalu menyentuh pipi Raisha. Raisha memandang mata Hadden.

"Awak tak terfikir nak ada otot ke?" Soal Raisha.

Hadden menarik Raisha untuk duduk di atasnya .. selepas Raisha naik di atas badannya dia bersandar di kepala katil.

"Tak .. saya tak ada masa nak ke gym." Jawab Hadden lembut. Dia memegang pinggang Raisha.

Raisha memandang Hadden dengan muka tidak puas hati.

"Hahahaha .. Kenapa muka macam tu? Hmmmm? Cuba bagitahu nak apa?" Hadden tertawa kecil .. dia menyentuh hidung Raisha dengan jari telunjuknya.

"Saya nak otot!" Kata Raisha.

Hadden mengerutkan dahinya sambil menahan tawa melihat muka serius yang Raisha buat.

"Jadi baby nak tengok saya ada otot lah ni?" Soal Hadden. Raisha mengangguk laju.

"Saya sibuk lah. Awak pun tahu kan." Kata Hadden lembut.

Raisha diam .. dia berdiri.

"Ish .. Raisha jangan berdiri atas katil! Kalau jatuh macam mana." Hadden memegang tangan Raisha erat.

Raisha duduk di sebelah Hadden lalu mengambil telefonnya semula.

"Tak pe lah. Teruskan kerja awak tu." Ujar Raisha sambil senyum tidak ikhlas kepada Hadden.

Raisha sambung melihat gambar-gambar otot di telefonnya.

Hadden mengerutkan kening melihat gambar-gambar yang dilihat oleh Raisha.

"Haram." Hadden mengambil telefon Raisha.

"Ish! Bagi balik fon saya!" Hadden berdiri lalu mengangkat telefon Raisha tinggi.

Raisha mengejar Hadden. Dia mengangkat tangannya mencuba untuk mencapai telefonnya.

"Hadden! Bagi balik Telefon Saya!" Marah Raisha sambil melompat.

Hadden memeluk pinggang Raisha.

"Pergi tidur Raisha." Arah Hadden tegas.

Raisha menggigit bibirnya lalu naik ke atas katil .. dia terus berselubung dalam selimut.

Hadden menghelakan nafasnya. Dia melihat gambar yang dilihat oleh Raisha.

'pelik betul taste mengidam dia.' getus hati Hadden lalu mematikan telefon Raisha lalu diletakkan di atas meja.

"Raisha. Keluarkan kepala dari selimut tu. Awak dapat bernafas ke tak tu?" Soal Hadden lalu menarik selimut.

"Jangan kacau saya lah! Hadden!" Jerit Raisha marah.

She's Mine (COMPLETED)Where stories live. Discover now