'macam mana ni? Aku tak nak kena buang kerja.' getus hati Hana gementar.
Hadden berdiri di sebelah Raisha lalu menghulurkan tangannya.
Raisha menyalam tangan Hadden.
Semua pekerja di situ mula berbisik-bisik.
"Korang tak ada kerja lain ke selain membawang?! Balik ke tempat masing-masing!" Jerit Hadden.
Semua pekerjanya berlari meninggalkan ground floor itu.
Hana dan Lydia ingin beredar.
"Kau berdua tunggu sini." Kata Hadden tegas.
Hana dan Lydia berdiri bersebelahan menghadap Hadden.
"Siapa yang halang awak masuk tadi?" Soal Hadden.
Raisha memandang Hana.
Hana meramas tangannya gementar.
"Tak de apa lah. Diorang tak kenal saya pun." Kata Raisha berbaik hati.
'aku kena ada kuasa supaya tak kena tindas. Tak pe Hana hari ni aku maafkan kau.' Getus hati Raisha.
"Berambuslah." Kata Hadden.
Raisha memandang Hadden yang semakin kasar dengan perempuan lain.
Lydia dan Hana berlari meninggalkan mereka.
Hadden mengusap kepala Raisha lalu senyum.
"Awak dah makan?" Soal Raisha sambil tersenyum manis kepada Hadden.
Hadden gembira melihat Raisha senyum padanya seperti itu.
"Belum .. nak lunch sama-sama?" Soal Hadden.
Raisha mengangguk laju.
"Okey .. jadi nak makan kat mana?" So Hadden.
Raisha berfikir .. berkerut-kerut dahinya berfikir.
Hadden mengelus pipi Raisha.
Raisha memandang Hadden hairan.
"Kenapa?" Soal Raisha.
"Kalau awak ada masalah bagitahu saya .. jangan sembunyikan apa-apa dari saya. Boleh?" Soal Hadden lembut.
Raisha terpegun melihat mata Hadden yang kelihatan redup itu.
Muka Raisha merah cair dengan kelakuan Hadden.
Raisha melarikan pandangannya.
"Kenapa?" Soal Hadden hairan. Dia menarik dagu Raisha supaya memandangnya semula.
"Tak de apa." Kata Raisha sambil melarikan anak matanya dari Hadden.
Hadden mengerutkan kening.
"Baru cakap tadi .. jangan sembunyikan apa-apa dari saya." Kata Hadden perlahan.
Raisha terus memandang anak mata Hadden.
"Tak bukan macam tu .. awak handsome sangat.... saya ..... Saya cair dengan awak lah." Kata Raisha perlahan cukup sampai di telinga Hadden.
Hadden melepaskan dagu Raisha. Raisha segera menundukkan kepalanya.
Raisha memandang Hadden sedikit.
Muka Hadden merah .. Hadden menutup mulutnya.
'wah! Muka Hadden merah! Dia malu ke?!' getus hati Raisha baru pertama kali melihat Hadden blushing teruk seperti itu.
Hadden memegang tangan Raisha lalu menarik Raisha keluar dari bangunan itu.
"Kita pergi restoran." Kata Hadden laju.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine (COMPLETED)
Teen Fictionwatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...