Rizky berjalan menuju ke pejabatnya.
Ayna kebetulan lalu di sana.
Rizky sendiri yang memilih Ayna menjadi setiausahanya.
"Assalamualaikum Tuan." Sapa Ayna.
Rizky angguk. 'dia senyum ke?' getus hati Rizky kerana Ayna memakai purdah dan wajahnya tidak kelihatan.
"Ayna kumpulkan semua fail kerja dari setiap Manager di bahagian projek. Aku nak semak semua sebelum mulakan projek tu." Arah Rizky tegas.
Ayna mengangguk perlahan.
"Hantarkan ke pejabat aku nanti." Kata Rizky lalu berjalan masuk ke dalam pejabatnya.
Dia menutup pintu pejabatnya lalu bersandar di pintu. Tangannya naik mengusap dagu seperti ada janggut tapi tiada.
"Sepatutnya aku guna saya atau aku tadi? Raisha tak bagitahu apa-apa pun pasal panggilan ni." Gumam Rizky risau.
Rizky memberi Ayna banyak pekerjaan supaya Ayna sering masuk ke dalam pejabatnya dan dia dapat melihat Ayna setiap masa.
Tanpa dia sedar masa rehat sudah tamat dan Ayna masih lagi berada di dalam pejabatnya dengan pintu yang terbuka luas. Ayna tidak mahu berdua-duaan di dalam pejabat itu bersamanya.
Rizky melihat jam tangannya.
Matanya membulat terkejut.
'Bodoh! Aku dah terlanjur! Masa rehat dah tamat! Ayna tak makan lagi.' getus hati Rizky rasa bersalah.
"Cik Ayna pergilah rehat sekarang." Kata Rizky cuba bersikap tenang.
Ayna menggeleng.
"Tak apa lah .. masa rehat dah tamat kan." Tolak Ayna.
Rizky senyum .. darahnya terasa sejuk kerana rasa bersalah.
"Tak bolehlah macam tu Cik Ayna! Kalau cik sakit nanti aku yang dipersalahkan." Kata Rizky mula kalut.
Ayna menggeleng.
"Sa .."
"Ikut saya Cik Ayna .. ini arahan." Kara Rizky lalu berdiri. Dia memasukkan telefon ke dalam poket seluar lalu menyinsing lengan panjang kemejanya.
"Tak boleh lah macam ni Tuan! Apa yang orang lain akan cakap nanti bila nampak saya rapat dengan Tuan." Kata Ayna takut.
'wahh .. suci betullah aku dengar kata-kata dia ni.' getus hati Rizky.
"Jangan risau .. Pekerja lain dah kembali ke pejabat masing-masing sekarang. Mari." Ajak Rizky lalu keluar dari pejabatnya.
Ayna mengikut Rizky berjalan dari belakang.
' Rileks Rizky! Kau cuma nak bagi dia makan je.' getis hati Rizky.
Mereka tiba di Restoran yang berhadapan dengan syarikat itu.
Rizky menyeluk poket seluar.
Darahnya terasa sejuk.
'eh? Aku lupa bawa dompet ke?' getus Rizky malu.
Dia melihat Ayna malu-malu.
'apa aku nak bagitahu dia? Nak balik pejabat ambil dompet ke?'
"Tuan nak makan kat tempat lain ke?" Soal Ayna.
Mereka masih lagi berdiri di hadapan restoran itu.
"Saya tak kisah pun nak makan kat mana-mana pun. Kita pergi mamak lah kalau Tuan tak .."
"Cik Ayna! Saya ..."
"Ayna?" Seorang wanita memanggilnya.
Ayna melihat ke arah wanita yang berdiri di belakang Rizky.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine (COMPLETED)
Fiksi Remajawatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...