Raisha mendongak memandang wajah Hadden.
Hadden sedang marah memandangnya.
'kenapa muka dia marah pula?! Sepatutnya saya yang marah sebab dia peluk-peluk perempuan lain!' getus hati Raisha geram.
"Kenapa awak balik sendiri? Awak ni pandai ke naik bas?!" Marah Hadden.
Raisha berdiri dia merenung anak mata Hadden.
"Suka hati saya lah! Awak tak payah nak sibuk pasal saya! Awak kan dah ada pengganti saya!" Kata Raisha dengan nada rajuknya.
Hadden menghelakan nafas.
"Jadi saya tak boleh sibuk pasal awak lagi?" Soal Hadden lembut.
Raisha diam mendengar suara lembut Hadden dia menundukkan kepalanya.
"Maaf saya tak akan ganggu awak lagi." Kata Hadden lalu berjalan menghampiri superbike nya.
"Hadden!!" Panggil Raisha geram.
Hadden berhenti lalu berpusing menghadap Raisha.
"Awak nak tinggalkan saya ke?" Soal Raisha.
"Nak balik ke?" Soal Hadden.
Raisha mengangguk.
"Dah terlepas satu kelas." Kata Hadden.
Raisha memandang Hadden.
"Kita balik U lah." Kata Raisha perlahan.
Hadden senyum.
"Saya tak ada apa-apa dengan perempuan tadi tu. Dia yang peluk saya .. bukan saya. Saya dah cuba lepaskan diri tapi perempuan tu kuat sangat." Kata Hadden.
Raisha mengeluh.
Memang Hadden lemah pun dari dulu sampai sekarang. Tapi otaknya pintar.
Ktakk ..
Dahi Raisha dijentik.
"Auchh!! Sakitlah!" Ujar Raisha sambil mengusap dahinya.
"Jangan mengeluh." Kata Hadden lalu senyum.
Raisha senyum.
"Awak jangan peluk perempuan tadi tu lagi tau. Awak patut pergi gym. Tengok badan spaghetti awak ni. Langsung tak ada otot. Nasib saya yang jadi isteri awak." Kata Raisha.
Hadden diam memikirkan badannya. Badan Darren dan papanya tegap berotot. Dan mamanya cakap juga perempuan suka lelaki kuat untuk lindungi mereka.
'tapi saya tak kuat.' getus hati Hadden.
"Awak fikir apa? Jomlah balik U. Nanti terlepas kelas." Kata Raisha.
Hadden mengangguk lalu naik ke atas superbikenya.
Raisha turut naik dibelakang Hadden.
Raisha mengambil kesempatan untuk memeluk Hadden.
Hadden melepaskan tangan Raisha lalu meletakkan tangan Raisha di bahunya.
"Ish!" Rungut Raisha geram.
"Tak boleh macam tu. Tak manis orang tengok." Kata Hadden.
Raisha hanya menurut Hadden yang soft talk padanya.
"Nanti saya nak ikut balik rumah awak tau." Kata Raisha.
"Mana boleh .. kita tak kahwin lagi. Tak Manis ..."
"Jadi masamlah orang tengok saya ni?" Soal Raisha bergurau.
Hadden gelak dia menghidupkan superbike nya.
YOU ARE READING
She's Mine (COMPLETED)
Teen Fictionwatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...