SM 15

6.6K 353 7
                                    

Raisha berjalan melalui papan kenyataan.

Ramai mahasiswa berkumpul di hadapan papan kenyataan itu.

"Ada apa ni?" Soal Raisha kepada seorang gadis.

"Nurul Dhia yang pernah Menuntut kat sini tu , family dia dah jatuh bankrap." Kata gadis itu lalu memandang Raisha.

Dia berundur dan kelihatan takut melihat Raisha.

Raisha diam saja melihat gadis itu.

"Jomlah .. jangan masuk campur dengan dia lagi."

"Hah .. nanti kita pun akan jadi macam Nurul tu." Gadis-gadis itu berbisik lalu berjalan meninggalkan Raisha.

Raisha ditinggalkan sendirian di papan kenyataan itu.

"Ahhhh~ berita macam ni pun nak kena masuk ke Universiti ni ke?"

Raisha menoleh apabila mendengar suara Hadden menghela nafas.

Mata Raisha dan Hadden bertembung. Hadden senyum .. senyumannya lebih ceria daripada sebelumnya.

"Nak keluar dating?" Soal Hadden sambil tersenyum.

Raisha merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

'Hadden ada kena mengena dengan masalah Nurul ke?' getus hati Raisha.

"Awak ada buat apa-apa ke?" Soal Raisha dengan hati yang tidak tenteram.

"Hmmm .. awak rasa?" Soal Hadden sambil memandang tepat ke anak mata Raisha.

"Awak yang buat tu ke?" Soal Raisha sambil menunjuk ke arah lembaran berita di papan kenyataan itu.

Hadden mengangguk dengan muka bangga.

"Kenapa awak buat macam tu?" Soal Raisha.

"Sebab dia dah buli sayang." Bisik Hadden.

Hati Raisha sedikit berbunga mendengar suara lembut Hadden menyebut Sayang.

"Tapi awak tak patut buat macam ni .. Saya memanglah tak suka Nurul tu. Tapi awak tak perlulah sampai buat satu family dia macam ni." Kata Raisha kesian dengan Nurul.

"Hah? Saya mana ada buat banyak pun .. saya cuma bocorkan jumlah duit yang keluarga dia gelapkan selama ni." Kata Hadden .. walaupun dia sudah berjaya mengorek semua rahsia lama dan baru keluarga Nurul.

Raisha diam berfikir.

"Tapi ..."

"Shusss .. dah. Sekarang ni nak keluar dating ke tak nak?" Soal Hadden lembut.

Raisha mengangguk dengan suasana hati yang resah.

___


Encik Hairie dan Puan Zahira berdiri di hadapan Nurul.

"Apa yang kamu dah buat Nurul?! Kami dapat tahu yang kamu membuli semua orang kat Universiti lama kamu dulu kan! Sebab tu kamu kena buang!" Tengking Puan Zahira.

"Mama! Nurul tak buat apa-apa lah!" Kata Nurul menafikannya .. Nurul memegang tangan Papanya yang sangat memanjakannya.

Encik Hairie menepis tangan Nurul.

"Syarikat kita dah tak ada! Semua ni salah kamu!! Kalau kamu tak buli perempuan tu pewaris keluarga Tuan Adrian tak akan buat kita macam ni!!!" Jerit Encik Hairie di hadapan muka Nurul.

Nurul terkejut.

"Pewaris keluarga Tuan Adrian@ tak mungkinlah! Hadden tak akan buat macam tu!" Jerit Nurul tidak percaya.

PAPP!!

Puan Zahira menampar pipi Nurul.

Nurul menyentuh pipinya yang ditampar oleh Mamanya.

She's Mine (COMPLETED)Where stories live. Discover now