SM 21

6.7K 416 29
                                        

Raisha duduk di sofa bersebelahan dengan Hadden dan berhadapan dengan Arissa dan Adrian.

Adrian memandang Hadden tajam dengan pandangan marah.

"Hadden siapa yang duduk sebelah kamu sekarang?" Soal Adrian dengan nada mendatar.

"Isteri Hadden ..." Kata Hadden perlahan.

"Sebut nama dia." Arah Adrian.

Hadden memandang Adrian dengan muka blur.

Raisha terkejut melihat Hadden yang tidak tahu namanya.

"Raisha .." sebut Hadden.

Raisha berasa sedikit lega.

"Full name." Kata Adrian. Matanya merenung tajam Hadden.

Hadden tidak menjawab.

"Raisha akan tinggal dengan mama mulai hari ni." Kata Arissa takut Hadden akan memukul dan mengurung Raisha dibelakang mereka.

"Hah?! Kenapa?!" Soal Hadden terkejut .. dia memandang Arissa tajam.

"Jom Raisha." Arissa bangun lalu menarik tangan Raisha.

Raisha berdiri untuk mengikut Arissa pergi.

"Tak boleh." Halang Hadden sambil menarik tangan Raisha.

"Hadden .. kamu sekarang ni sakit. Papa akan bantu kamu." Kata Adrian.

"Tak! Hadden tak sakit! Aku tak sakitlah!" Kata Hadden marah.

Raisha memandang Hadden terkejut.

"Hadden! Papa akan bawa kamu ke doktor pakar. Kamu akan dapat jumpa Raisha selepas itu. Sampai kamu sendiri dapat sedar semula." Kata Adrian lalu bangkit dari duduknya.

Hadden diam tidak mahu melepaskan tangan Raisha.

"Tak. Aku tak nak berjauhan dari isteri aku." Kata Hadden lalu menarik Raisha kuat.

Arissa melepaskan tangan Raisha.

"Lepaskan Raisha." Arah Adrian.

Hadden menggeleng dengan muka blur.

"Jangan masuk campur .. Kau nak curi Raisha dari aku kan! Atau jangan-jangan kau lah lelaki yang curang dengan isteri aku tu!!" Ujar Hadden lalu memeluk Raisha erat.

Raisha terkejut mendengar Hadden.

"Hadden! Awak ni dah kenapa? Siapa yang curang? Saya tak curang!" Kata Raisha patah hati.

"Ya .. lelaki ni yang terkejar-kejar kau! Dari Universiti lagi." Kata Hadden.

Raisha bingung harus mengatakan apa kepada Hadden.

Hadden memandang anak mata Raisha lalu senyum dengan manis.

"Saya percayakan awak. Awak tak akan tinggalkan saya kan?" Soal Hadden.

Air mata Raisha mengalir .. dia sendiri tidak tahu mahu berbuat apa.

"Hadden ... Awak ni dah kenapa?" Soal Raisha .. kepalanya mula terasa berat.

Semuanya menjadi gelap.

Hadden terkejut melihat Raisha pengsan dalam pelukannya .. dia kaku.

"Raisha?!" Arissa segera menghampiri Raisha.

"Kita bawa dia ke hospital!" Kata Adrian lalu keluar menyediakan kereta.






___






Darren mengangguk ..

Dia mendapat panggilan daripada Arissa. Arissa menceritakan semua yang berlaku.

She's Mine (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang