SM 25

6.9K 379 11
                                        

Rizky masuk ke dalam pejabatnya.

Sudah dua hari berlalu sejak pernikahan Darren dan Ain.

Rizky melabuhkan punggung di kerusi pejabatnya .. fail-fail di tepi meja mula dia semak dengan teliti.

Dia menutup fail itu semula lalu menghela nafas.

"Bosannya ..." Ujarnya lalu menutup mata.

Dia teringat akan interview yang akan dilakukan untuk mencari pekerja yang akan menggantikan bekas setiausahanya.

"Aku nak join juga lah!" Katanya bersemangat lalu berdiri dan berlari keluar dari bilik itu.

Rizky berhenti berlari saat menghampiri lif.

"Aku kenalah nampak cool." Ujarnya lalu meraup rambutnya ke atas. Dia membetulkan necktie lalu menekan butang lif.

Rizky mengintip ke dalam dewan temu duga di tingkat 5.

Semua orang yang datang interview ialah perempuan .. hanya ada sedikit lelaki.

"Aku masuk je lah." Kata Rizky lalu berjalan melalui barisan gadis-gadis yang sedang menunggu giliran temu bual mereka.

"Eh! Kau nak ke mana? Kitorang yang sampai dulu. Ikut barisan lah." Kata seorang gadis sambil menghalangnya dengan fail resume.

Rizky memandang gadis bermake-up tebal itu.

'dia tak tahu yang aku ni CEO ke? Da fak!'

"Haah! Encik tunggulah giliran! Kami dari pagi lagi kat sini." Kata seorang gadis lagi.

"Aku nak masuk lah. Kau tak kenal aku ni siapa?" Soal Rizky dingin.

"Siapa kesah pasal kau? Kalau nak ikut temu bual tu baris kat belakang!" Kata gadis-gadis lain pula. Mereka mula memarahinya.

Satu idea muncul di fikirannya.

"Aku CEO kat sini." Kata Rizky tenang.

Gadis-gadis itu saling berpandangan.

Pfftt ..

Mereka ketawa.

"Encik tak perlu nak buat lawak lah kat sini. Dah ke belakang je!" Halau gadis itu lalu menolak Rizky. Rizky ditolak kebelakangan.

"Maafkan saya!" Seorang gadis berpurdah bersuara.

Mereka semua memandang gadis itu.

'wahh! Tak perasan pun dia ada kat depan ni.' getus hati Rizky melihat gadis yang berada di barisan paling depan.

"Kalau Encik betul-betul nak cepat saya boleh bagi encik tempat saya." Kata gadis itu lembut.

"Hah? Kenapa pula? Dia lambat sampai jadi dia baris kat belakang lah!" Kata gadis-gadis itu mula berbisik.

"Sila lah Encik." Gadis itu keluar dari barisannya.

Rizky terpaku melihat gadis berpurdah itu. 'baiknya.' getus hatinya yang mula berbunga-bunga.

"Nama cik apa?" Soal Rizky.

"Ayna Diandra." Jawabnya perlahan.

Rizky senyum lalu mengangguk.

Pintu bilik temu duga itu terbuka lalu seorang gadis keluar bersama pekerja Rizky.

"Tuan?! Kenapa tuan ada kat luar? Masuk je lah!" Kata Erina pekerja Rizky.

Rizky sengih ..

Ayna dan semua gadis-gadis di situ terkejut mendengar lelaki yang mereka anggap sebagai orang yang datang untuk temu duga dipanggil Tuan oleh pekerja disitu.

She's Mine (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang