SM 40

5.9K 321 8
                                    

"Jadi baby dah nak pergi dah lah ni?" Soal Ameera.

Rizky mengangguk.

"Kita pergi sama-sama." Kata Ammar.

"Huh? Pergi mana?" Soal Rizky keliru.

"Aku Tengku Ammar Adam." Kata Ammar.

Rizky kaku.

'hahh .. aku dah mati ke?'

"Rizky?" Ameera melambai di hadapan muka Rizky.

"Oh .. ok.." balas Rizky masih keliru.

"Amril suruh pemandu bawa Limosin kita sekarang." Kata Ammar.

"Okey." Amril keluar untuk memberitahu pemandu mereka.

"Abang nak pergi mana?" Soal Ameera.

"Nak pergi kerja. Nanti abang jelaskan ye." Kata Ammar lembut kepada adik bongsunya itu. Kepala Ameera diusap perlahan oleh Ammar.

"Ammar! Dah!" Laung Amril.

"Jom." Ammar berjalan keluar. Rizky memandang Ameera.

"Aku tak tahu apa tujuan kau tapi nanti aku nak cakap banyak dengan kau." Bisik Rizky kepada Ameera lalu berjalan keluar dari situ.

Abang kedua, ketiga, keempat dan kelima Ameera ikut serta dengan Ammar.

Ameera duduk dengan perasaan kosong di ruang tamu. Abang-abangnya yang lain duduk di sekelilingnya.

"Jadi? Mana adik jumpa dia?" Soal Amer.

"Kat Mall." Jawab Ameera.

"Adik betul-betul suka dia ke?" Soal Amrie pula.

Ameera mengangguk tanpa teragak-agak.

"Meera tahu kan Meera boleh duduk dalam rumah ni dengan kekayaan kita tanpa buat apa-apa kerja pun. Kenapa nak cari suami tiba-tiba pula?" Soal Amrie.

"Meera dengan Mama dan Papa cakap pasal perkahwinan Meera hari tu. Meera tak nak kahwin dengan lelaki yang Meera tak kenal." Kata Ameera.

Kepala Ameera diusap oleh abang-abangnya.

"Janganlah! Rosak rambut Meera!" Kata Ameera sambil menolak tangan-tangan mereka.

Rizky duduk di tengah-tengah Ammar dan Amran.

Limosin yang panjang itu terasa sempit.

'Motor aku. Aku tak nak balik ke sana lagi.' getus hati Rizky.

"Jadi apa yang kau dah buat sampai Ameera minta kau bertanggungjawab?" Soal Amran.

"Huh? Aku pun tak tahu. Aku tak ada apa-apa pun dengan dia." Kata Rizky.

Mata Ammar, Amran, Amirul, Amril dan Amrin terus menikamnya tajam.

"Aku tak akan lepaskan kau kalau kau buat apa-apa yang buruk pada Meera." Jata Amrin serius dan dingin.

"Aku tak buat apa-apa pun ..." Ujar Rizky perlahan.

Rizky terus ditatap tajam sepanjang perjalanan mereka.

Mereka tiba di Syarikat Rizky. Mereka semua turun mengikut giliran.

Rizky segera masuk ke dalam.

Fariz datang ke ground floor membawa fail dan kot Rizky.

"Tengku Adam dah sampai?" Soal Rizky serius. Dia terus masuk ke dalam mod kerja.

Lima beradik itu melihat Rizky dari belakang.

"Belum."

Rizky membuka hoodie yang dia pakai lalu menggantikan dengan Kot. Hoodie itu dia beri kepada Fariz.

She's Mine (COMPLETED)Where stories live. Discover now