SM 17

6.7K 370 5
                                        

Raisha menghampiri Hadden yang duduk di sofa di ruang tamu.

Hadden sibuk menyelesaikan kertas kerjanya.

Raisha duduk di sebelah Hadden lalu meletakkan air kopi yang dia buat di atas meja.

"Thank you." Ucap Hadden lembut .. tapi matanya masih fokus pada skrin laptop.

Raisha mengangguk lalu mengutip kertas-kertas yang bersepah di atas lantai.

"Malam ni tidur lambat lagi ke?" Soal Raisha perlahan.

"HmmMmm." Balas Hadden.

Raisha meletakkan kertas-kertas itu di atas meja.

"Baby sini jap." Hadden menepuk sofa di sebelahnya.

Raisha duduk di sebelah Hadden dengan senang.

Hadden turun dari sofa lalu duduk di lantai.

"Kenapa ayang duk situ pula?" Soal Raisha dengan nada rajuk.

"Tak .. picit kan bahu." Pinta Hadden lalu menoleh memandang muka Raisha.

Raisha senyum lalu memeluk leher Hadden.

"Baby ada syif malam esok .. ayang jangan tidur lambat-lambat tau." Pesan Raisha.

"Balik bila? Ayang jemput." Kata Hadden lalu mengusap tangan Raisha yang memeluk lehernya.

"Tak payahlah. Baby bawa kereta je." Raisha mengucup pipi Hadden banyak kali.

Darren turun membawa botol airnya.

"Wuahh! Menyampah pula aku tengok korang berdua ni!" Kata Darren lalu berjalan menuju ke dapur.

"Jealous lah tu." Sakat Raisha sambil sengih jahat memandang Darren.

"Tak kuasa aku nak jealous." Kata Darren tanpa menoleh. Dia terus masuk ke dalam dapur.

"Baby tidur dulu lah. Ayang lambat lagi kan?" Soal Raisha.

"Haah .." Kata Hadden.

Raisha berdiri ingin berjalan naik ke tingkat atas.

Ain turun dari tangga.

Raisha memandang Ain yang berdiri di tengah tangga memandang mereka.

Perasaan Raisha berasa tidak selesa.

Ain senyum lalu turun ke dapur.

Raisha hanya senyum nipis.

Ain masuk ke dalam dapur.

"Ayang .. ayang buat kerja dalam bilik lah." Kata Raisha perlahan .. dia memegang lengan Hadden.

Hadden mengerutkan dahinya hairan dengan Raisha yang selalu memarahinya kalau dia buka lampu semasa Raisha tidur.

"Kenapa pula? Baby ni pelik lah .. kan baby yang selalu marah kalau Ayang buat kerja dalam bilik." Kata Hadden.

Raisha menggeleng laju.

"Tak .. kali ni lain. Perasaan baby tak sedap. Kalau terlambat satu langkah je nanti ayang dah kena rebut dengan orang lain." Kata Raisha berbisik.

Hadden sengih .. Raisha selalu menunjukkan perasaannya kepada Hadden dengan jelas.

"Orang mana?" Soal Hadden sengaja memancing Raisha.

"Alah .. perempuan lain lah." Kata Raisha lalu menekup kedua belah pipi Hadden dengan tapak tangannya.

Ain keluar dari dapur membawa segelas air.

Hadden memandang Ain.

Raisha menarik muka Hadden supaya memandangnya.

She's Mine (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang