SM 5

8.2K 484 36
                                        

Saffiyah berlari masuk ke dalam kelas mereka.

"Hadden!! Raisha!" Jerit Saffiyah dengan muka cemas.

Hadden berdiri.

"Kenapa dengan Raisha?" Soal Hadden tetap tenang.

"Ikut je saya ke tandas .. Nurul dan geng dia sedang buli Raisha." Kata Saffiyah lalu berlari keluar dari kelas.

Hadden mengikut Saffiyah berlari keluar dari kelas itu.

Darren dan Rizky turut keluar dari kelas.

Saffiyah berhenti di hadapan tandas perempuan yang tertutup rapat itu.

"Jangan sentuh aku lah!! Jangan! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Tolong!!" Jerit Raisha kuat.

"Pintu terkunci ke?" Soal Hadden lalu memutar tombol pintu tandas itu.

"Hadden!!!!" Hadden terkejut mendengar suara Raisha yang begitu kuat menyebut namanya.

"Hancurkan je pintu tu. Nanti aku explain kat professor." Kata Rizky.

"Tch!" Hadden merempuh pintu tandas itu.

Nurul sedang merakam video Raisha yang sedang ditelanjangkan oleh rakannya.

"Nurul! Kau buat apa hah!!" Jerit Hadden marah.

Baju Raisha sudah dikoyak-koyakkan oleh mereka.

"Hadden? Ke .. kenapa you ada kat sini?" Soal Nurul gementar.

Raisha memandang Hadden dengan pandangan malu.

"Rizky pinjam blazer kau .. kau pun Darren." Kata Hadden.

Mereka menyerahkan blazer mereka.

Raisha menangis memandang Hadden.

Hadden mengambil telefon Nurul lalu membuka blazernya juga.

"Hadden! Ni bukan macam yang you nampak. You dah salah faham." Kata Nurul lalu menyentuh bahu Hadden.

Hadden menolak Nurul.

Nurul terjatuh ke lantai .. dia terkedu mendapat layanan kasar dari Hadden yang selama ini sangat tenang.

"Rizky buang terus tiga setan ni dari Universiti ni." Kata Hadden dingin.

"Easy." Kata Rizky lalu senyum sini memandang Nurul.

Hadden menutup badan Raisha dengan Blazer mereka.

"Maaf .. saya lambat." Kata Hadden lembut.

Raisha meraung menangis. Bibir Raisha berdarah dan lebam.

"Kau Nurul .. aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup. Mula dari keluarga kau." Kata Hadden dingin.

Hadden melihat telefon Nurul lalu diberikan kepada Raisha. Raisha memegang telefon itu erat.

"Keluarlah! Apa lagi kau buat kat situ!" Jerit Rizky dari luar.

"Tak!! Hadden you tak boleh buat I macam ni! You tahu kan Daddy I Dato!" Kata Nurul cemas.

"Apa kita nak buat ni Nurul?" Soal rakan-rakan Nurul.

"Diamlah tak guna!!" Jerit Nurul.

"Keluarlah setan!" Jerit Darren memandang Nurul.

Nurul terus berlari keluar dari situ diikuti dengan rakan-rakannya.

"Esok tak payah datang lagi!" Jerit Rizky sinis.

"Raisha tak apa-apa ke?" Soal Darren.

"Jangan masuk!" Kata Hadden dari dalam.

Darren menjeling Nurul tajam.

She's Mine (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang