SM 28

6K 324 10
                                    

Hadden mengejar Raisha .. pintu lif itu ditahan.

Raisha terkejut kerana Hadden mengejarnya. Dia segera mengelap air matanya.

Hadden menghelakan nafas lalu menarik Raisha keluar dari lif.

Hadden membawa Raisha ke pejabat keduanya.

Raisha terkejut kenapa dia dibawa ke sana.

"Kenapa awak bawa saya ke sini?" Soal Raisha gementar.

"Diam dan ikut je lah." Kata Hadden tegas.

Raisha berjalan mengejar langkah Hadden.

Hadden menutup pintu lalu mengunci pintu dari dalam.

Raisha melihat sekeliling bilik itu. Gambar-gambar di dinding sudah tidak ada. Yang ada hanya kotak-kotak besar yang tersusun di sudut bilik itu.

Hadden duduk di sofa lalu membuka tali lehernya.

Raisha berdiri kaku di hadapan pintu.

"Sini lah." Panggil Hadden.

Raisha berjalan perlahan menghampiri Hadden.

Hadden meletakkan tali lehernya di atas meja lalu membuka tiga butang kemejanya.

Jam tangannya pula dibuka.

'kenapa dia ni? Nak telanjang kat sini ke? Tak mungkinlah aku nak benarkan dia buat macam tu dengan badan baby Hadden.' getus Hati Raisha. Dia menarik nafas lalu menahan tangan Hadden dari membuka butang kemeja.

Hadden memandang Raisha hairan.

"Apa awak nak buat ni? Awak nak telanjang kat sini ke?" Soal Raisha geram.

Hadden sengih lalu menyentuh pipi Raisha.

"Kenapa tak boleh ke?" Soal Hadden dengan nada mengusik.

"Tak! Kalau ada perempuan lain nampak awak macam mana? Apa-apa pun saya sebagai isteri awak tak benarkan!" Kata Raisha lalu membutang kan semula kemeja Hadden.

"Awak .. rimaslah pakai kemeja ni hari-hari." Kata Hadden lalu memeluk pinggang Raisha. Dia menyembamkan mukanya di dada Raisha.

'kenapa dia letak muka dia di situ?!' Raisha menolak muka Hadden yang berada di tengah-tengah payudaranya.

"Wangi badan awak." Puji Hadden lalu menggeselkan mukanya di situ.

"Ha .. Hadden. Tak selesa lah awak buat macam tu." Kata Raisha malu.

"Saya nak berkasih sayang dengan isteri saya pun tak boleh ke?" Soal Hadden lalu mendongak melihat muka Raisha.

Pipi Raisha memerah melihat pandangan Hadden yang seksi itu.

"Hadden .. kita kat pejabat awak sekarang ni. Tunggulah kat rumah nanti." Kata Raisha malu.

"Hahaha .." Hadden ketawa kecil.

"Saya tak buat lebih-lebih pun .. nak hug je. Duduk sini." Bisik Hadden lalu menarik Raisha duduk di ribanya.

Raisha duduk diam di riba Hadden.

"Kenapa awak tak suka saya?" Soal Hadden dengan nada sayu.

Raisha kelu ..

"Saya cuma nak awak terima saya yang ni .. sebab tu saya nak keluar dan luangkan masa dengan awak. Tak boleh?" Soal Hadden lalu menyembamkan mukanya di bahu Raisha pula.

' Hah?! Sampai macam tu sekali dia fikir ke?'

"Hadden .. saya tak pernah pun cakap saya tak suka awak. Awak tu tetap Hadden Naufal walau apa pun berlaku awak tetap suami sah saya." Kata Raisha lalu memegang tangan Hadden.

She's Mine (COMPLETED)Where stories live. Discover now