SM 7

7.9K 473 2
                                        

Hadden menghantar Raisha balik ke rumah lalu dia kembali ke rumahnya.

Hadden masuk ke dalam rumah .. baru dia teringat tentang Darren yang mengikutnya ke Universiti pagi tadi.

"Hah! Tertinggal pula dia tu." Kata Hadden lalu segera keluar semula dari rumah.

Dia melihat motor Darren baru masuk ke perkarangan rumah mereka.

"Oh .. Dia dah balik sendiri?" Gumam Hadden.

Darren turun dari motornya lalu menghampiri Hadden.

"Kau pegi mana tadi? Asal kau tinggalkan aku kat U?" Soal Darren marah.

"Sorry .. aku keluar dengan Raisha." Kata Hadden lalu sengih.

"Sengih-sengih .. Aku ni adik kembar kau tau! Sampai hati tinggalkan aku." Kata Darren lalu masuk ke dalam rumah.

Hadden mengeluh .. Dari dulu sampai sekarang Darren tidak pernah berubah dia sentiasa manja dan kebudak-budakan.

Hadden mengejar Darren masuk ke dalam rumah.

"Sorry tau Darren. Aku tak sengaja." Kata Hadden sambil berjalan di belakang Darren.

Mereka naik ke atas.

Darren masih tidak bercakap.

Darren berhenti di tengah tangga.

"Aku nak belajar kat luar negara." Kata Darren.

Hadden terkedu mendengar kata-kata Darren.

"Hah? Kenapa tiba-tiba pula?" Soal Hadden.

"Kat sini bukannya aku ada apa-apa pun. Yang ada kat sini cuma Hadden." Kata Darren perlahan.

"Apa kau cakap ni? Kalau Papa dengar macam mana." Kata Hadden.

"Hah? Papa? Dia tu sukakan Hadden je sebab tu selalu pukul dan marah Darren. Mama je yang baik dengan Darren." Kata Darren.

"Apa kau merepek lagi ni?! Papa sayangkan Darren juga lah!" Kata Hadden kuat.

Darren menoleh memandang anak mata Hadden.

"Mungkin lagi bagus kalau Darren tak wujud pun." Kata Darren.

"Kau dah kenapa?!! Cukup lah cakap macam tu!!" Jerit Hadden marah.

Arissa mendengar semua kata-kata Darren dari tingkat atas.

"Dah lah! Aku penat lah Hadden! Semua Hadden! Hadden tu Hadden ni!! Kau ingat aku tak ada perasaan ke?! Papa tu sayang kau sorang je!" Jerit Darren.

Hadden menumbuk pipi Darren.

"Kau buat apa hah?!!" Jerit Darren yang sudah jatuh terduduk.

"Aku cakap Papa tak macam tu!!" Kata Hadden.

"Memanglah! Papa cuma sayang kau sorang sebab tu lah kau tak faham!! Papa tak pandang pun kejayaan aku!" Jerit Darren.

Arissa turun menghampiri Darren.

Hadden terkejut melihat mamanya di belakang Darren.

"Kenapa cakap macam tu?" Soal Arissa perlahan.

Darren menoleh lalu melutut di hadapan Arissa.

"Mama dengar ke tadi?" Soal Darren.

"Mama tak tahu pun Darren fikir macam tu." Kata Arissa lembut.

"Maafkan Darren mama." Kata Hadden.

"Mama dan Papa ada kamu berdua saja kenapa pula nak benci Darren pula?" Soal Arissa lalu menarik Darren berdiri.

"Papa sayangkan Darren juga .. tapi Papa nak kamu berdikari sebab tu Papa layan kamu macam tu. Papa tak pernah manjakan Hadden .. Hadden sendiri yang berani melakukan sesuatu. Sebab tu Papa selalu suruh dia bukan Darren." Arissa berhenti bercakap lalu mengusap pipi Darren.

She's Mine (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang