SM 20

7K 349 41
                                    

Raisha terjaga dari tidur akibat bunyi alarm subuh yang dia pasang setiap hari .. kepalanya pening dan berat.

Dia melihat tv yang masih terbuka.

Hadden tidur memeluknya di sofa itu.

Raisha cuba merungkai tangan Hadden yang melingkari perutnya.

Raisha mengangkat tangan Hadden. Semakin dia tolak tangannya semakin erat Hadden memeluknya.

"Kenapa? Tak suka ayang peluk ke?" Soal Hadden dengan suara serak baru bangun.

"Ayang bangun .. nak solat sama-sama." Kata Raisha lalu menyentuh pipi Hadden.

Hadden senyum dengan mata tertutup. Dia memegang tangan Raisha yang menyentuh pipinya.

"Bangunlah .." kata Hadden lembut.

Raisha bangun dengan kepala yang berat itu.

Hadden turut bangun.

"Cepatlah nanti terlepas waktu subuh." Kata Raisha tergesa-gesa. Dia menarik tangan Hadden naik ke atas.

"Baby .. pelan-pelan lah. Kalau jatuh tangga nanti macam mana." Kata Hadden mamai.

"Jadi jalan lah elok-elok. Jangan jatuh." Kata Raisha lalu melepaskan tangan Hadden.

Hadden menggenggam tangan Raisha erat.

Raisha teringat semula apa yang Papa Hadden cakap kelmarin.

"Baby ada kerja malam ni .. ayang nak hantar?" Soal Raisha.

"Hmmm? Lagi? Baby tak boleh berhenti kerja je ke?" Soal Hadden dengan nada manja.

"Ish ayang ni .. apa gunanya baby belajar tinggi-tinggi kalau tak ada pekerjaan sekarang." Raisha membuka pintu bilik mereka.

Hadden melepaskan tangan Raisha dan mengekori ke mana saja Raisha berjalan di bilik itu.

Hadden berhenti di tengah-tengah bilik dengan kelakuan yang aneh. Dia memicit kepalanya.

"Ayang?" Panggil Raisha gementar.

Hadden senyum .. dia memandang Raisha dengan pandangan redup tetapi tajam.

"Saya boleh tampung hidup kita selamanya." Kata Hadden lembut .. dia senyum manis.

Jantung Raisha berdegup kencang .. dia menjadi takut.

Hadden mengerling ke arah jam dinding.

"Jom lah solat." Kata Hadden lalu berjalan masuk ke dalam kamar mandi.

"Awak! Cepatlah masuk ambil wuduk sama-sama." Laung Hadden.

"Awak? Apa pula kali ni?" Gumam Raisha lalu masuk ke dalam kamar mandi.

Setelah mengambil wuduk mereka pun solat bersama.

Selesai solat Raisha menyalami tangan Hadden. Hadden mengucup dahi Raisha.

Hadden senyum manis memandang Raisha dengan pandangan redup itu.

"Awak ni siapa?" Tanpa sedar Raisha sudah terlanjur menanyakan soalan yang bermain di fikirannya.

Raisha terkejut sendiri .. dia menekup mulutnya.

"Apa yang awak merepek ni? Saya suami awak kan." Katanya lembut.

"Tapi .. Hadden panggil saya Baby dan panggil diri dia ayang. Bukan saya awak." Kata Raisha kerana sudah terlanjur bertanya.

"Hmmm?" Hadden senyum .. matanya turut tersenyum.

Riak mukanya itu sangat redup dan lembut.

"Tak perlu nak fikirkan tentang tu .. saya masih orang yang sama. Suami awak." Kata Hadden.

She's Mine (COMPLETED)Where stories live. Discover now