SM 10

8.5K 417 19
                                        

Darren datang lagi ke Hospital selepas pihak hospital menghubunginya.

Gadis itu sudah terjaga selepas seminggu coma.

Darren membawakan makanan untuknya.

"Oh .. kau dah sampai." Kata seorang doktor lelaki lalu masuk ke dalam.

"Kau cakap dia dah bangun." Kata Darren dingin.

"Oh .. dia dah bangun pagi tadi. Pastu dia tidur balik lah tu." Kata doktor itu lalu memeriksa nadi gadis itu.

Dr. Hanafi ialah seorang doktor yang berasal dari Malaysia tapi bekerja di Hospital Mexico. Mereka berkenalan semasa Darren menyertai program yang dianjurkan oleh Hospital itu. Dan kebetulan bertemu dengan Hanafi di sana.

"Hah .. jadi? Siapa perempuan ni?" Soal Hanafi lalu memandang muka Darren.

"Aku jumpa dia masa nak balik dari Club hari tu. Pastu dia minta tolong aku. Jadi aku beli lah dia." Kata Darren selamba.

Hanafi yang kurang faham dengan penjelasan Darren hanya angguk.

"Jadi? Kau nak buat apa kat perempuan ni? Kau tak fikir nak buat yang bukan-bukan kan?" Soal Hanafi.

"Hah? Kau ingat aku binatang ke?" Kata Darren lalu duduk di sofa yang menghadap dengan Hanafi.

"Tak .. aku bukan cakap macam tu. Tapi sadboy macam kau ni .. mana lah tau kan." Kata Hanafi sambil menyentuh dagunya.

Darren turut menyentuh dagunya.

Hanafi ketawa lucu melihat Darren yang mengikutnya.

Darren menjeling.

"Dah lah. Aku ada kelas lepas ni." Kata Darren lalu berjalan keluar dari bilik itu.

Hanafi hanya diam memandang Darren yang sudah keluar.

"Haihh .. apalah masalah dia tu." Keluhnya.

___

Saffiyah berjalan menghampiri Raisha dan Hadden yang duduk di pondok Universiti seperti biasa.

Dia berhenti melihat Hadden yang tersenyum dan tertawa bersama Raisha.

Hatinya terasa sedikit aneh.

"Pagi Saffiyah!" Tegur Rizky lalu berdiri di sebelah Saffiyah.

Saffiyah memandang Rizky lalu senyum.

"Bukan pagi lah. Dah tengah hari ni." Kata Saffiyah kekok.

Rizky gelak.

Saffiyah hanya senyum.

Mereka berkumpul bersama dengan Hadden dan Raisha.

"Hah! Korang ada nampak tak budak baru tu?" Soal Rizky sebaik saja dia duduk.

Mereka bertiga memandang Rizky lalu menggeleng kepala.

"Ada budak baru ke?" Soal Hadden.

"Ada .. lelaki. Kalau tak salah aku dia tu berketurunan bangsawan." Kata Rizky lalu meletakkan bukunya diatas meja.

"Bangsawan? Wahh .. handsome ke?" Soal Saffiyah.

Mereka bertiga serentak memandang Saffiyah .. terkejut mendengar soalan Saffiyah yang sopan di mata mereka itu.

"Erkk .. Handsome. Tapi aku lagi handsome." Kata Rizky menghilangkan suasana janggal itu.

"So .. Riz. Apa plan kau?" Soal Hadden.

Raisha makan makanan ringan yang dia beli tadi.

Saffiyah duduk sambil melihat sekeliling.

"Erk .. saya ke perpustakaan dulu lah ye! Saya nak cari bahan sikit." Kata Saffiyah lalu mengangkat begnya.

She's Mine (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang