Raisha kembali ke Universiti seperti biasa pada keesokan harinya.
Nurul dan dua rakannya sudah dibuang dari Universiti itu kerana telah melakukan jenayah.
Raisha termenung semasa kelas dan kelas-kelas seterusnya.
"Raisha." Panggil Hadden yang berjalan di belakang Raisha.
Raisha diam tidak menjawab.
"Rai ..."
"Arghhhh!" Hadden ingin menarik tangan Raisha namun Raisha terus menjerit dan berundur daripada Hadden.
Hadden kaku melihat Raisha yang takut kepadanya.
"Ma .. Maaf saya tak sengaja." Kata Raisha perlahan.
Dia menundukkan kepalanya memandang lantai koridor.
"Nak keluar date?" Soal Hadden.
Raisha mendongak memandang Hadden dengan mata yang bersinar.
"Betul ke?" Soal Raisha gembira.
Hadden mengangguk.
"Nak pergi sekarang?" Soal Hadden lagi.
"Jom!" Ajak Raisha teruja.
"Jom." Hadden berjalan di hadapan. Raisha segera mengejar langkah Hadden dan berjalan bersebelahan dengan Hadden.
"Kita nak pergi mana?" Soal Raisha teruja.
"Kita jalan-jalan lah. Awak ada nak pergi mana-mana?" Soal Hadden.
Raisha berfikir.
Beberapa orang gadis menghampiri mereka semasa dalam perjalanan menuju ke tempat letak kereta.
"Senior Hadden! Saya nak cakap dengan senior sendirian boleh?" Soal gadis itu malu-malu.
Raisha memandang gadis itu lalu memandang reaksi Hadden.
"Tak .. aku sibuk." Kata Hadden dingin.
"Oh .. ye ke." Gadis itu menjeling Raisha tajam.
"Jom." Hadden menarik hujung lengan baju Raisha untuk berjalan bersamanya.
Mereka mula berjalan semula. Raisha menoleh memandang gadis-gadis itu.
Raisha menghadiahkan mereka senyuman sinis dan satu jelingan tajam.
"Senior Hadden!! Tolong terima cinta saya." Seorang gadis berhenti di hadapan Hadden sambil menghulurkan surat cinta nya.
Raisha ternganga melihat gadis itu.
"Tak nak." Balas Hadden selamba lalu meninggalkan gadis itu di situ.
Raisha gelak perlahan.
"Kenapa gelak?" Soal Hadden.
"Kenapa awak makin famous?" Soal Raisha sambil memandang wajah Hadden.
Hadden senyum bangga.
"Memanglah .. saya kan handsome." Kata Hadden bangga.
"Tak .. selepas perempuan Nurul tu tak ada perempuan-perempuan lain berani je datang dekat dengan awak." Kata Raisha.
"Oh .. sebab Perempuan tu buli semua perempuan yang cuba dekati saya selama ni. Senang sikit hidup saya. Dia dah tolong jauhkan semua perempuan tu." Kata Hadden.
Raisha mengangguk.
"Tapi awak tak halau dia pun .. hari tu dia peluk pun awak biarkan kan?" Kata Raisha dengan nada cemburu.
"Mana ada. Hari tu saya cuba tolak dia sedaya upaya tau. Tapi badan dia tu terus melekat tak nak lepas." Kata Hadden.
"Awak tu lelaki tau! Sepatutnya awak kuat." Kata Raisha lalu menayangkan otot lengannya yang tidak ada.

ANDA SEDANG MEMBACA
She's Mine (COMPLETED)
Fiksi Remajawatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...