Hadden menunggu Raisha di hadapan hospital pada jam 5 pagi itu.
Raisha sudah mengatakan dia mahu bawa kereta sendiri namun Hadden tetap memaksa untuk menghantar dan menjemputnya.
Raisha keluar dari bangunan hospital itu.
Dia melihat satu-satunya kereta di tempat letak kereta di belakang bangunan hospital itu.
Hadden bersandar di sisi kereta sambil berpeluk tubuh.
'kenapa dia berdiri kat luar pula? Mesti sejuk.' getus hati Raisha risau.
Dia menghampiri Hadden.
"Assalamualaikum." Sapa Raisha lembut.
Hadden membuka matanya lalu memandang Raisha.
"Waalaikumussalam." Hadden terus menarik Raisha ke dalam dakapannya.
Hadden membenamkan mukanya ke leher Raisha.
"Ehh?! Jangan sentuh! Saya ni baru siap kerja tau." Kata Raisha risau akan kesihatan Hadden.
Hadden tetap memeluk Raisha.
"Lambat baby balik .. rindu." Kata Hadden dengan suara serak.
Raisha melihat pakaian Hadden. Masih berkemeja kerjanya.
"Baby pandu kereta? Ayang rehatlah." Kata Raisha sambil menepuk belakang Hadden.
"Raisha berhenti kerja je lah .. ayang boleh tampung hidup baby lagi." Kata Hadden dengan nada merajuk.
"Ehh? Kan dah bincang tentang ni dulu .. ayang ni kenapa tiba-tiba je?" Soal Raisha hairan.
"Rindulah .. baby balik lambat hari-hari." Kata Hadden dengan nada yang semakin perlahan.
"Habis tu ayang nak baby buat apa?" Soal Raisha.
"Kalau boleh ayang nak baby datang ke pejabat hari-hari. Jumpa ayang hari-hari." Kata Hadden.
Raisha menggeleng laju.
"Kalau macam tu nanti ayang bosan lah tengok baby hari-hari! Mana boleh macam tu!" Kata Raisha menolak dengan keras.
"Hmmmm ..." Hadden diam memeluk Raisha.
"Tak apa lah .. yang penting Raisha masih anggap Saya sebagai suami." Kata Hadden dengan nada yang aneh.
Hadden meleraikan pelukan.
Raisha keliru. Dia ada buat salah ke? Hadden macam marah je.
"Apa yang ayang ca ..."
"Jom balik!" Potong Hadden pantas sambil tersenyum.
Raisha terdiam.
'pasti ada sesuatu yang berlaku.' getus hati Raisha ingin tahu.
Hadden membukakan pintu kereta untuk Raisha masuk.
Selepas Raisha masuk Hadden menghulurkan tangan.
Raisha menyalam tangan Hadden .. tangan besar Hadden sangat sejuk.
"Sejukny ..."
Tupp ..
Hadden menutup pintu sebelum Raisha menghabiskan kata-katanya.
Raisha terkedu. Baru pertama kali Hadden tidak mendengarkan apa yang dia mahu cakap.
Hadden terus masuk tanpa berkata apa-apa.
Mereka berdua diam sepanjang perjalanan.
Raisha sudah berfikir macam-macam ..
YOU ARE READING
She's Mine (COMPLETED)
Fiksi Remajawatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...