Raisha balik ke rumah selepas seharian bekerja. Mulutnya terasa mahu mengunyah.
"Assalamualaikum!" Laung Raisha lalu berjalan naik tangga.
Tiada balasan.
Yelah .. Hadden bertemu dengan doktor psikiatri dengan Adrian.
Raisha melihat telefonnya.
Dia membuka mesej dari Arissa.
Mama
- Datang sini kalau Hadden balik lambat. -Raisha melihat jam.
Sudah jam 5 petang .. dia pun malas mahu berjalan lagi.
"Makan lepas tu tidur!" Laungnya lalu berjalan masuk ke dalam bilik.
Selepas melakukan semua kerja rumah yang tinggal dia terlelap di sofa di ruang tamu.
Hadden pulang ke rumahnya pada waktu malam selepas menyelesaikan kerja-kerjanya yang tertinggal.
Dia membuka pintu. Rumah mereka sangat gelap.
"Assalamualaikum. Raisha!" Laung Hadden.
Dia mula berasa risau kerana Arissa memberitahunya bahawa Raisha tidak datang ke rumah mereka.
"Raisha! Awak ada kat rumah ke?" Laung Hadden lalu memasang lampu di ruang tamu.
Rumah itu kelihatan kosong. Selalunya Raisha akan menyambutnya pulang dengan ceria.
Hadden menutup pintu hadapan lalu terus menuju ke ruang tamu.
Dia berhenti di hadapan sofa. Senyuman terukir dibibirnya melihat Raisha yang terlelap di sofa.
Hadden menyentuh pipi Raisha.
"Ermmm?" Raisha menggaru lengannya yang gatal digigit nyamuk.
"Raisha .. Ayang dah balik." Hadden mengucup dahi Raisha.
Raisha membuka matanya .. dia terus memandang Hadden.
Mata Raisha terbuka besar .. dia terus duduk tegak.
"Sekarang jam berapa?" Soal Raisha dengan muka terkejut.
"Kenapa? Apa yang awak terkejut sangat ni?" Soal Hadden.
"Maaf! Saya tak masak lagi!" Ujar Raisha cemas.
Hadden ketawa kecil .. dia mengusap kepala Raisha.
"Awak tak makan lagi lah ni?" Soal Hadden lembut.
Raisha menggeleng.
"Jom mandi .. lepas tu kita order makanan." Hadden menarik tangan Raisha untuk berdiri.
Raisha berdiri perlahan-lahan.
"Kita nak makan apa?" Soal Raisha teruja.
Hadden senyum melihat Raisha yang mudah teruja kebelakangan ini.
"Baby nak makan apa?" Soal Hadden.
Mereka berjalan berpegangan tangan memanjat tangga.
___
Darren duduk di sofa sambil melihat drama dalam TV itu.
Ain datang membawa makanan ringan dan air minum lalu meletakkan makanan di meja ruang tamu.
Darren memerhatikan Ain yang menghalang pandangannya.
Ain memegang peha Darren.
"Apa ..."
![](https://img.wattpad.com/cover/271142001-288-k92995.jpg)
YOU ARE READING
She's Mine (COMPLETED)
Teen Fictionwatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...