SM 31

6.9K 362 12
                                        

Hadden turun ke dapur pada awal pagi untuk mengambil air.

Badannya terasa lenguh selepas satu malam .....

' lasak juga Raisha tu.' getus hati Hadden lalu mengambil gelas dan mengisi air.

"Hoi!!" Jerit Darren.

Hadden berpusing lalu menyembur ke arah Darren.

Purffffff ..

Darren melompat ke belakang.

"Kau dah kenapa?!" Soal Darren lalu memasang lampu.

Hadden memandang Darren dengan mata bulat terkejut.

"Kau boleh tak jangan jerit-jerit macam beruk subuh subuh ni." Marah Hadden lalu mengambil tisu untuk mengelap air di dagunya.

Darren sengih.

"Asal kau tak turun semalam? Lepas masuk bilik terus tak keluar ek?" Soal Darren lalu duduk di kerusi meja makan.

Hadden diam .. dia sendiri pun malu mahu ceritakan pada Darren.

"Aku penat lah .. lepas mandi terus tidur." Kata Hadden menipu. Tipu sunat.

"Hmmm? Habis kenapa kau nampak lesu sangat? Kau buat apa semalam?" Soal Darren ingin mengusik Hadden.

Muka Hadden memerah teringatkan kejadian semalam. Terasa macam pengantin baru pula kan.

"Kau ni memang binatang kan .. Raisha mengandung pun kau masih lagi tak boleh tahan diri." Kata Darren sambil senyum jahat memandang Hadden.

Hadden menutup mulutnya.

"Masalahnya dia yang goda aku dulu. Dia yang nak." Kata Hadden perlahan.

"Huh." Darren terkejut.

"Huh?" Hadden memandang Darren.

"Huh?" Balas Darren balik.

"Huh ..." Hadden melepaskan keluhan.

"Pffttt!! Apa sia! Raisha yang mula dulu? Aku tak percaya lah." Kata Darren lalu menggeleng kepala sambil tertawa.

Hadden memandang Darren serius.

Darren berhenti ketawa .. dia memandang Hadden serius.

"Entah kenapa aku rasa cemburu pula dengan hubungan korang ni. Macam aku nak jadi penghancur rumah tangga je. Ain tak pernah pun minta aku dulu." Ujar Darren ..

Hadden mengerutkan keningnya melihat Darren yang sedang berfikir dengan serius.

"Aku naik dulu. Esok aku balik .. hari ni aku nak lepak rumah kau." Kata Hadden lalu meninggalkan Darren di sana.

Darren terfikir satu idea.




___







Raisha duduk dihadapan Hadden sambil menyiapkan laporannya.

Hadden senyum sinis melihat skrin laptopnya.

Raisha hairan melihat Wicked Smile Hadden Itu.

Suasana di ruang tamu rumah Darren itu menjadi dingin.

' Dah kenapa Hadden tu?' getus hati Raisha.

"Ayang?" Panggil Raisha.

Hadden mendonggak memandang Raisha .. dia masih tersenyum jahat.

"Ayang tengok apa?" Soal Raisha perlahan.

"Meh sini duduk dengan Ayang." Ajak Hadden lalu menepuk ruang sofa di sebelahnya.

She's Mine (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang