SM 14

6.9K 364 1
                                        

Darren melihat jeli yang berwarna coklat di atas meja dapur.

"Apa benda ni?" Soalnya .. dia keluar untuk mencari Ain.

Ain menyiram bunga di laman depan.

"Hoi! Apa benda warna coklat kat atas meja dapur aku tu?" Soal Darren.

Ain berpusing memandang Darren.

"Young Master cubalah rasa! Puding Kopi! Saya baru buat pagi tadi!" Kata Ain sambil menunjukkan ibu jarinya.

"Kalau tak sedap kau kena cuci tandas." Kata Darren.

"Hah?! Mana boleh macam tu! Sedap tau puding tu!" Kata Ain.

Darren senyum lalu segera masuk ke dalam rumahnya.

Ain kaku melihat senyuman Darren.

"Kenapa dengan dia tu? Pelik je mood dia." Gumam Ain.

Dia sambung menyiram pokok-pokok bunga.

PAKKKK!

"Oi!! Serius lah kau yang buat ni?!!" Jerit Darren yang berdiri di hadapan pintu sambil memegang dulang berisi puding kopi yang dibuat Ain.

Ain menoleh memandang Darren.

"Hah .. yelah. Itu lah yang saya buat pagi tadi." Kata Ain kagum melihat reaksi comel Darren.

Darren makan puding itu lagi.

"Sedap!! Nanti buat hari-hari tau!!" Kata Darren teruja.

Ain mengangguk .. manalah dia dapat lawan cakap Darren. Nanti kena jual.

"Hah .. sambung kerja kau." Kata Darren lalu berjalan menuju ke pondok di sebelah kolam ikan.

Darren duduk makan puding.

"Hebat betul lah reaksi dia tu." Ujar Ain.

Darren yang duduk menghadap Ain merenung Ain lama.

'berguna juga dia tu.'

___

Hadden terjaga dari tidurnya kerana terlalu sejuk.

Dia membuka matanya perlahan.

Lampu kereta yang samar-samar itu menjadi cahaya untuk dia melihat sekelilingnya.

Dia melihat Raisha yang terlelap di tempat duduk pemandu. Dia teringat bahawa mereka berada di litar lumba yang sudah ditinggalkan.

"Hahh .. sakitnya belakang." Rungutnya lalu melihat jam telefonnya.

Jam 4 pagi.

"Baliklah." Kata Hadden .. dia menoleh melihat ke luar jendela. Masih gelap. Dia perasan tingkap kereta itu terbuka sedikit untuk membiarkan oksigen masuk.

"Raisha .. sayang bangun. Pindah tempat. Saya nak pandu kereta balik rumah." Kata Hadden sambil menepuk-nepuk peha Raisha.

"Ermmmm?? Kejap lagi lah. Saya nak tidur lagi ni." Kata Raisha mamai.

Hadden sengih mendengar suara serak Raisha.

"Raisha bangun .. pindah tempat saja." Kata Hadden.

Raisha mengerutkan keningnya lalu menggeleng kepala. Dia membuka mata perlahan.

"Saya tak nak balik .. kenapa awak nak hantar saya balik rumah pula? Kita kan dah kahwin." Kata Raisha dengan suara yang seperti ingin menangis.

"HAHAHAHAHA .." Hadden ketawa mendengar Raisha.

"Bukanlah .. saya nak pandu kereta balik ke rumah kita. Tengok sekeliling kita ada kat mana." Kata Hadden.

Raisha mengangkat kepalanya lalu melihat ke luar.

She's Mine (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang