"So? Kau dah puas hati ke?" Rizky bersuara selepas Hadden dan Darren tinggalkan mereka.
Ameera terkejut mendengar kata-kata Rizky yang kejam itu.
Ameera menundukkan kepalanya tidak berani memandang Rizky.
"Kau tak puas lagi?" Soal Rizky dengan nada sinis.
"Saya ...."
"Jom lah balik ke bilik kita juga." Rizky memotong percakapan Ameera.
Ameera terkedu.
Rizky berdiri. Ameera masih duduk terkedu.
"Cepatlah." Ajak Rizky dengan nada bosan.
Ameera berdiri. Rizky berjalan di hadapan Ameera. Ameera mengejar langkah Rizky.
Rizky menekan butang lif. Ameera berdiri di belakang Rizky.
"Guna tangga je lah .. lif lambat." Kata Rizky. Ameera terkejut dia mendongak memandang Rizky.
"Kenapa? Kau nak lawan arahan suami kau ke?" Soal Rizky.
Ameera menggeleng.
Bukk ..
Dua orang lelaki yang lalu melanggar bahu Ameera.
Lelaki itu hanya memandang Ameera tanpa meminta maaf.
"Hoi! Kau tak reti nak minta maaf ke?" Soal Rizky kasar.
Lelaki tadi berhenti.
"Hah? Aku buat salah apa?" Soal lelaki itu sinis.
Rizky melihat lelaki itu atas ke bawah.
"Perempuan tu yang berdiri kat depan aku." Kata lelaki itu.
"Oh .. luas lagi kat belakang tu kan. Kau tak nampak dia berdiri kat sini? Jalan ni bapak kau punya ke? Tak kan. Jadi minta maaf sekarang!" Kata Rizky serius.
Ameera keliru kerana Rizky mempertahankan dia.
"Hah? Kau tak tahu ke aku pelanggan VIP kat sini!" Kata lelaki itu dengan sombong sekali.
"Kau tu cuma Pelanggan VIP kat sini aku dan perempuan yang kau baru langgar ni pelanggan VVIP kat sini." Kata Rizky lalu senyum sinis.
"Tch!" Lelaki itu mengetap giginya marah.
"Aku mintak maaf." Katanya lalu segera pergi dari situ.
Rizky memandang Ameera.
"So? Apa perasaan kau masa aku pertahankan kau macam tu?" Soal Rizky sinis.
Hati Ameera terasa sakit mendengar kata-kata Rizky itu.
Tinggg ..
Pintu Lif terbuka.
Rizky masuk ke dalam.
Ameera berdiri kaku di hadapan lif.
'kalau saya ikut dia mesti dia akan cakap lagi.' getus hati Ameera.
Air matanya mahu keluar mendengar semua kata-kata Rizky yang dilontarkan kepadanya.
Rizky keluar dari lif lalu menarik Ameera masuk ke dalam.
'kenapa dia tarik saya pula?!' Ameera semakin keliru dengan tindakan Rizky .. tapi dia percaya kalau Rizky hanya mempermainkan dia.
"Jangan nangis aku tak nak gambar perkahwinan aku rosak." Kata Rizky dengan nada datar.
Ameera akhirnya menangis.
Rizky melihat pantulan muka Ameera yang menangis teresak-esak di belakangnya dari dinding Lif.
![](https://img.wattpad.com/cover/271142001-288-k92995.jpg)
YOU ARE READING
She's Mine (COMPLETED)
Fiksi Remajawatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...