Semua orang berkumpul di rumah Darren kerana Darren mengadakan majlis untuk merayakan Ain pregnant.
Darren tidak henti-henti bercakap mengenai Ain.
Raisha dan Ain berkumpul dengan Ayna yang datang bersama dengan Rizky.
"Kak Raisha masih kerja doktor ke sekarang?" Soal Anis sepupu Hadden dan Darren.
"Haah masih .. minggu depan dah mula masuk kerja balik." Kata Raisha lembut.
"Hadden benarkan awak kerja?" Soal Ain.
"Yelah .. tak kan tak boleh pula. Bukannya saya angkat benda-benda berat sangat." Kata Raisha.
"Bestnya." Ujar Ain lalu menyuapkan strawberi ke dalam mulutnya.
"Darren tak benarkan awak kerja ke?" Soal Raisha.
Ain menggeleng.
"Padahal saya kerja dengan dia juga." Kata Ain.
Raisha gelak melihat muka cemberut Ain.
"Akak pujuk je dia! Nanti dia setuju lah tu. Akak bagi ugutan kat abang tu." Kata Anis.
Ayna berasa tidak selesa dengan mereka.
'kenapalah saya ikut Encik Rizky tadi? Menyesal .. macam tetamu tak diundang.' getus hati Ayna .. matanya meliar melihat sekeliling. Matanya bertembung dengan mata Raisha.
"Nama awak Ayna apa?" Soal Raisha.
Ayna memandang Raisha.
"Ayna Diandra." Jawab Ayna kekok.
"Janganlah tegang macam tu .. tak lama lagi kami ni lah yang awak akan selalu jumpa." Kata Ain.
Raisha dan Anis mengangguk setuju.
Ayna pun mula berbual dengan mereka.
"Cepat gila kau buat anak." Sakat Rizky.
Darren mengangkat keningnya bangga.
"Well .. aku nak anak aku nanti seumur dengan anak Hadden." Kata Darren lalu memandang Hadden dengan pandangan redup.
"Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Geli bodoh." Hadden menolak muka Darren.
"Alah .. tak adil lah macam tu. Aku tak kahwin lagi." Kata Rizky.
"Tu lah kau .. kahwin lambat-lambat lagi." Ejek Darren.
"Usia kandungan Raisha baru sebulan lebih kan?" Soal Darren teruja.
Hadden mengangguk.
"Dah masuk 7 minggu dah." Kata Hadden lalu memandang Raisha.
Tiga lelaki itu memandang ke arah wanita-wanita mereka.
Raisha tiba-tiba berdiri lalu berjalan menghampiri mereka bertiga.
"Nak apa?" Soal Hadden lembut .. dia mengusap kepala Raisha.
"Nak tidur. Ngantuk." Bisik Raisha manja.
"Kita masih kat rumah Darren lagi ni. Nak balik?" Soal Hadden.
Raisha memeluk pinggang Hadden lalu menyembamkan mukanya di dada Hadden.
"Nak balik." Kata Raisha.
"Korang nak balik dah ke?" Soal Darren.
Hadden mengangguk perlahan.
"Kalau Raisha penat naik lah kat atas .. guna bilik tetamu aku." Kata Darren.
Raisha memandang Darren dengan mata yang bersinar.
![](https://img.wattpad.com/cover/271142001-288-k92995.jpg)
YOU ARE READING
She's Mine (COMPLETED)
Ficção Adolescentewatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...