Keesokan harinya Raisha pergi ke pejabat Hadden diiringi dengan Darren, Rizky dan Arissa.
Semua orang di pejabat itu berbisik tentang mereka. Kerana jarang sekali Puan besar datang ke pejabat itu. Apa lagi Rizky yang terkenal kerana kejayaan syarikat keluarganya.
"Selamat datang Puan Besar! Puan Muda! Tuan Muda berdua!" Sapa seorang pekerja.
Rizky mengangguk kagum dengan kesopanan pekerja di syarikat Hadden.
"Rasa macam anak raja pula kan." Bisik Darren di telinga Rizky.
Rizky mengangguk.
"Mesti aku dah famous sekarang bangganya." Bisik Darren lagi .. mewakili suara hati Rizky.
Pap!
Rizky menepuk bahu Darren.
"Aku tak fikir macam tu lah!" Marah Rizky.
"Eleh .. aku boleh baca lah muka-muka orang macam kau ni." Kata Darren dengan reaksi serius.
"Hoi .. kamu berdua nak tunggu kat sana je ke?!" Kata Arissa yang sudah masuk ke dalam lif bersama dengan Raisha.
"Eh! Tunggu Puan Besar!" Laung Darren.
Raisha tergelak .. sudah lama dia tidak melihat perangai Darren yang begitu dengan Rizky.
Darren dan Rizky berlari masuk ke dalam lif.
Pintu lif tertutup .. mereka berdua berlanggar dengan pintu lif itu. Pintu lif kembali terbuka apabila ditahan mereka.
"Uishh! Apa hal kau langgar aku hah? Malu lah aku macam ni." Kata Darren berbisik.
"Kau tu yang langgar aku kan!" Bisik Rizky kembali.
"Masuk lah cepat!" Marah Raisha tidak tahan dengan perangai mereka.
Darren dan Rizky segera masuk dan berdiri di hadapan Raisha dan Arissa.
"Kalau ibu pregnant memang kuat marah ke?" Bisik Darren.
"Mana aku tahu." Bisik Rizky pula.
Mereka berdiri rapat.
"Jadi Raisha marah kat kita ke tadi?" Soal Rizky.
"Mana aku tahu. Tak pernah-pernah dia marah sebelum ni. Kalau merajuk ada lah." Bisik Darren.
Mereka diam beberapa saat lalu menoleh memandang Raisha yang berdiri di belakang mereka.
Raisha memandang mereka tajam.
Lantas mereka memusingkan kepala mereka kembali memandang kedepan.
"Tu kan! Dia marah." Bisik Darren keras.
"Saya dengar lah." Kata Raisha lalu menghelakan nafas.
Darren dan Rizky diam ..
Tingg .. pintu lif terbuka di tingkat 18.
Mereka berempat keluar dan terus berjalan menuju ke pejabat Hadden.
Raisha berhenti melihat mereka bertiga berjalan ke arah kiri.
"Kenapa kamu pergi ke sana?" Soal Raisha.
Arissa, Darren dan Rizky berpusing memandang Raisha hairan.
"Pejabat CEO bukan ada kat belah sini ke?" Soal Arissa keliru.
"Oh .. Hadden memang guna yang tu. Tapi kat sana cuma ada fail dan kertas kerja dia. Dia selalu datang ke bilik yang kat belah sini." Terang Raisha.
Mereka bertiga mengangguk lalu berjalan ke arah Raisha.
"Sila tunjukkan jalan Puan Muda." Kata Darren sambil tersenyum.
![](https://img.wattpad.com/cover/271142001-288-k92995.jpg)
YOU ARE READING
She's Mine (COMPLETED)
Ficção Adolescentewatak: Hadden Naufal Nur Raisha Darren Naufal Siti Safiyyah Ain Afiyah Rizky Dariel ___ since ada yang request nak cerita Hadden dan Raisha saya Tunaikan. Thank you telah Vote My Dangerous Billionaire Husband's!! cerita ni selepas My dangerous Billi...