SM 24

6.9K 383 36
                                        

Ain memerhatikan Darren yang duduk di lantai ruang tamu sambil bermain dengan kucing yang baru dia beli kelmarin.

Kucing putih bermata biru.

"Darren ... Tak nak makan ke?" Soal Ain lalu melabuhkan punggung di atas sofa sambil memandang Darren.

Darren menoleh memandang Ain.

"Aku .. nak kahwin." Kata Darren dengan muka serius.

Pfftt ..

Ain ketawa kerana menyangka Darren sedang buat lawak.

"Jangan bergurau lah." Kata Ain lalu melihat jam dinding.

Sudah masuk jam 5 petang.

"Kau tak nak kahwin dengan aku ke?" Soal Darren.

Ain memandang Darren lagi.

"Masalahnya awak tu nak ke dengan perempuan macam saya ni?" Soal Ain perlahan.

"Aku tanya kau kan .. kenapa kau tanya balik? Jawab je lah. Nak kahwin ke tak?" Soal Darren.

Ain menatap wajah Darren yang sangat serius itu.

"Saya nak .. kahwin dengan awak." Kata Ain perlahan di hujung ayat sampai Darren pun tak dengar.

"Hah? Nak? Cakap kuat-kuat sikit!" Arah Darren tegas.

Ain meramas tangannya.

"Saya nak kahwin dengan awak!!" Jerit Ain lalu menutup mukanya.

"Hmmm .. bagus. Bersiap .. pakai baju kurung yang ada dalam bilik aku sekarang." Kata Darren lalu berdiri.

"Hah?! Nak buat apa?" Soal Ain gementar.

"Nak pergi nikah lah." Jawab Darren lalu senyum.

"Se-se-sekarang ke?!" Soal Ain terkejut.

"Ye .. jangan pengsan pula." Kata Darren lalu berjalan naik tangga.

"Jom tukar baju!" Laung Darren dari atas tangga.

Ain bangun lalu berlari mengejar Darren yang sudah naik ke tingkat dua.












Pada hari yang sama Darren membawa Ain ke masjid lalu menghubungi semua ahli keluarga mereka.


Ain duduk bersama-sama dengan Raisha dan Arissa di masjid itu.

"Kenapa pula kau tiba-tiba nak kahwin?" Soal Rizky kepada Darren.

"Aku dah move on dari Saffiyah. Gadis yang menjadi isteri aku sekarang adalah Ain Afiyah." Ujar Darren dengan suara serius.

"Kau dah yakin ke ni?" Soal Hadden yang duduk di sebelah Darren.

"Haah. Korang ambik gambar aku elok-elok tau. Aku nak letak kat rumah aku." Kata Darren lalu senyum gembira.

"Kenapa tiba-tiba je ni? Raisha tahu tak pasal ni?" Soal Ain sambil memandang Raisha.

Raisha menggeleng.

"Darren baru je call kami semua tadi. Kami pun terkejut." Kata Raisha.

Beberapa orang masuk ke dalam masjid itu.

Ain terkejut melihat abang kandungnya berada di sana. Ain memandang Darren .. Darren yang memandang tok kadi itu senyum seperti tahu dia sedang memandangnya.

"Ain." Airil memandang Ain.

Ain menundukkan kepalanya kerana takut dengan abangnya itu.

"Maafkan Abang .. tahniah. Abang doakan semoga hidup kamu bahagia selepas ni." Kata Airil lalu duduk bersama-sama dengan tok kadi.

She's Mine (COMPLETED)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang